Sila daftar/login untuk membuat undian

BEE AISHAH

Share Profil [Sassy_Social_Share]

Nama: Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor
Umur: 22 Tahun
Tarikh Lahir: 11 Januari 2000
Asal: Johor
Ketinggian: 166cm
Pendidikan: Diploma Perfileman, UiTM Puncak Perdana
Facebook: Bee Aishah
Instagram: @beeaishah_
TikTok: @beeaishah_

Menarik Tentang Bee Aishah:
Sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2022, Bee merupakan seorang guru tadika yang mengajar subjek bahasa Inggeris di sekolah tadika jenis Cina. Mengajar bagi Bee merupakan satu bidang yang amat diminatinya, namun gadis berkulit hitam manis ini mengaku bukan mudah untuk mendidik apabila berdepan kekangan bahasa.

Sebagai satu-satunya finalis yang terpilih daripada sesi uji bakat di Johor, Bee menyerlah dengan personaliti ceria dan perwatakannya yang sentiasa tersenyum. Dia juga begitu bersemangat untuk bersaing dalam Dewi Remaja 2022 kerana ingin mengasah bakat lakonannya serta ingin membuktikan bahawa peluang yang diberikan ini tidak akan disia-siakan.