AUNI

Share Profil:

Nama: Siti Auni Safiya Yusri
Umur: 22 Tahun
Tarikh Lahir: 11 Jun 2000
Asal: Selangor
Ketinggian: 163cm
Pendidikan: Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Shah Alam
Facebook: Auni Yusri
Instagram: @auniyusrii
TikTok: @auniyusrii

Menarik Tentang Auni:
Meminati bidang pengacaraan, Auni menyimpan impian menjadi seorang hos di program berskala besar seperti Gegar Vaganza. Ketika menonton program sedemikian di kaca televisyen, Auni mengakui banyak taktik dan cara penyampaian yang boleh dipelajarinya daripada pengacara senior. Antara pengacara tempatan yang diminati Auni ialah Ain Edruce disebabkan skilnya yang bijak menggendalikan tetamu dan suasana di set.

Itu tidak bermakna finalis ini mengenepikan peluang dalam dunia lakonan. Auni sebelum ini pernah menempa nama menerusi drama bersiri Keluarga Instafamous.Auni juga menjadikan Izara Aishah sebagai salah seorang personaliti kegemarannya. Ini memandangkan Izara sentiasa tampil bijak, bersedia dan mampu berkomunikasi secara baik.