ALYSSA
Share Profil [Sassy_Social_Share]
Nama: Noor Alyssa bt Ahmad Azmi
Umur: 20 Tahun
Tarikh Lahir: 09 November 2002
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 173cm
Pendidikan: Sarjana Muda Kejuruteraan Kewangan, Multimedia University
Facebook: Noor Alyssa
Instagram: @alyssaazmi
TikTok: @alyssa.azmi
Menarik Tentang Alyssa:
Alyssa Azmi memilih jurusan pengurusan kewangan kerana memahami kepentingan bidang tersebut dalam dunia masa kini. Begitupun, Alyssa tidak menolak cabaran baharu dalam hidupnya seperti menyertai pencarian Dewi Remaja 2022. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini juga gemar melakukan aktiviti amal dan sentiasa menyematkan misi untuk mengembalikan sesuatu kepada masyarakat sekiranya berpeluang.
Alyssa memetik inspirasi daripada primadona Hollywood, Audrey Hepburn yang baginya cukup versatil. Selain ingin menjadi seorang figura awam, Alyssa turut memasang cita-cita menjadi seorang ahli motivasi yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai.