Sejak kelmarin lagi, laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.

Perang Dingin Chatime & Tealive Kembali ‘On’ Sebabkan Neelofa?

Ia pantas mendapat tentangan daripada warganet tempatan yang beranggapan tindakan tersebut bercanggah dengan keperluan rakyat untuk kekal berada di negeri masing-masing mengikut status Perintah Kawalan Pergerakan kawasan masing-masing.

Tambahan pula mereka berdua adalah figura popular dan seharusnya menetapkan teladan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Biarpun begitu, syarikat minuman Chatime Malaysia tampil memberikan kenyataan rasmi semalam berkenaan sebab utama Neelofa dan PU Riz berada di sana.

Menurut mereka, pasangan tersebut terlibat dengan urusan lawatan kerja ke cawangan Chatime yang terletak di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar. Ini bagi tujuan pembukaan cawangan baharu jenama tersebut di zon utara.

Pasangan tersebut telah memperolehi kebenaran untuk merentas negeri daripada balai polis mengikut SOP yang ditetapkan. Kenyataan tersebut hadir daripada Pengarah Urusan Kumpulan itu sendiri iaitu saudari Aliza Ali.Perang Dingin Chatime & Tealive Kembali ‘On’ Sebabkan Neelofa?

IKLAN

Dengan penjelasan yang diberikan ini, ramai beranggapan isu ini telahpun selesai.

Bagaimanapun, ia seakan-akan dihangatkan lagi dengan beberapa ciapan sinis daripada syarikat pesaing Chatime iaitu Tealive.

Spill!

Menerusi muat naik secara tiba-tiba di Twitter selepas kali terakhir berbuat sedemikian pada 13 Mac lalu, Tealive Malaysia dilihat seakan memerli Chatime dengan dengan ciapan berbunyi, “Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negeri..”

IKLAN

Perang Dingin Chatime & Tealive Kembali ‘On’ Sebabkan Neelofa?

Aik, tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba Tealive tampil bercakap mengenai soal rentas negeri?

Tidak cukup dengan itu, Tealive juga berkata, “You know? Tealive is better than..” Hhm..

Perang Dingin Chatime & Tealive Kembali ‘On’ Sebabkan Neelofa?

IKLAN

 

Dan yang paling win adalah ciapan di bawah. Korang bacalah sendiri, kami nak sambung gelak.

 

Perang Dingin Chatime & Tealive Kembali ‘On’ Sebabkan Neelofa?

Debat di antara Chatime dan Tealive ini bukanlah satu perkara baharu, hubungan antara dua jenama ini sememangnya telah lama menjadi topik perbualan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN : Chatime Tawar Diri Untuk Ambil Semula Staf Tealive Susulan Francais Ditutup? – REMAJA

So korang team Chatime ke Tealive?!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI