Pemandu Wanita Patut Tahu 6 Info Penting Tentang Kereta, Jika Tidak Mahu Susah Di Kemudian Hari

705

Bukan mahu mendiskriminasikan, tetapi jika bercakap soal penjagaan kereta, ramai lelaki yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.

Bukan semua, tapi rata-rata daripada mereka menganggap bahawa wanita hanya pandai memandu tetapi tidak dalam soal penjagaan dalaman kereta.

Jadi, untuk tidak lagi dilabel sebagai typical ‘lady driver’, REMAJA nak kongsikan panduan yang diberikan oleh Azbi Centre sebagai info buat wanita tentang perkara-perkara yang patut mereka ambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan kereta.

1. Ketahui model, tarikh keluaran dan pembuatan

Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya.

2. Kenali bahagian asas kereta dan fungsinya

Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.

3. Tayar, tayar dan tayar

Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda ke mana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.

4. Sediakan jadual servis kereta

Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.

5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta

Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya.

Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.

6. Simpan nombor telefon mekanik

Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pasti kan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.

Okay sis, kalau tak boleh nak repair kereta  atleast anda kena tahu 6 perkara asas ni ya. Barulah tak dilabel sebagai bimbo. Buktikan perempuan cantik pun tahu pasal kereta. Hiks!

CER KOMEN SIKIT