Setiap tahun Institut Warna Pantone akan mengumumkan warna yang bakal menjadi tema untuk tahun-tahun berikutnya. Jika tahun ini warna biru klasik dipilih untuk melambangkan nilai elegan dan kesederhanaan dalam menempuh sebuah era baru, namun siapa sangka dunia dilanda ‘mendung’ sepanjang tahun disebabkan pandemic Covid-19.
Oleh itu tahun hadapan, rona kelabu dan kuning telah digarap sebagai rona yang melambangkan segala yang perlu dilakukan pasca Covid-19. Rona kuning yang dipangil Illuminating (Pantone 13-0647) dan kelabu yang digelar Ultimate Gray (Pantone 17-5104) dipilih bersama kerana menurut Laurie Pressman, naib presiden Institut Warna Pantone, “Tiada satu warna yang boleh melambangkan maksud kepada keadaan yang berlaku sekarang.
“Kita semua sedar yang kita tidak boleh melakukan ini sendirian. Kini kita memiliki kefahaman yang dalam tentang mengapa kita saling memerlukan antara satu sama lain dan pentingnya untuk memiliki sokongan emosi serta harapan.”
Ads
Rona-rona ini juga dijangka akan muncul di dalam ekosistem dunia fesyen. Dalam siaran media Pantone yang diuar-uar kepada umum, warna Illuminating yang diselingi oleh sentuhan Ultimate Grey menyampaikan mesej cahaya matahari dan kekuatan. Ultimate Grey memberikan titik pantulan yang hebat dengan Illuminating membawa sedikit kesegaran yang diterapkan pada selendang, kasut, beg tangan, selendang dan baju.
Dengan kehadirannya yang bertenaga, gabungan Ultimate Grey dan Illuminating adalah ramuan yang bagus untuk pakaian aktif. Kontras warna antara Illuminating dan Ultimate Grey menambah daya tarikan untuk pakaian luar.
Ads
***P/S – So, tahun depan warna baju raya penulis adalah kuning. Sampin pula akan ku pilih warna kelabu. Wait, ruang tamu rumah pun nak tukar warnalah, jadi kuning lembut. Why not kan?
Saat bersiap untuk meraiksan musim perayaan Aidilfitri, satu persoalan yang cukup relatable untuk semua keluarga Malaysia adalah – “Dah ready ke belum?”
Itulah nadi koleksi terbaharu jenama SYOMSZ berjudul “Dah Ready?”, satu koleksi berwarna-warni yang mengangkat nostalgia kampung, momen riuh sebelum gambar raya dan definisi gaya moden untuk digayakan secara penuh santai.
Pengasas SYOMSZ, Syomirizwa Gupta.
Menurut perekanya Syomirizwa Gupta, inspirasi koleksi “Dah Ready” tercetus daripada gelagat sesebuah keluarga Melayu yang sedang bersiap-sedia untuk mengambil gambar di pagi Raya.
Momen yang sederhana itu diterjemahkan menjadi rekaan yang bukan sahaja indah dipandang, bahkan juga sarat dengan emosi dan kenangan yang akan disimpan kita untuk selama-lamanya. Pemilihan warna bagi koleksi ini juga dilakukan dengan teliti, selari dengan cerita yang ingin disampaikan.
Kempen “Dah Ready?” oleh SYOMSZ dimeriahkan barisan wajah popular seperti pelakon, Sazzy Falak dan Nazril Idrus bersama anak-anak mereka, serta penampilan istimewa Aunty Aini sebagai nenek kesayangan.
“Bila sebut tentang kampung, saya ambil warna dan elemen yang dekat di hati serta mempunyai simbolik disebaliknya.
“Seperti warna hijau yang diinspirasikan daripada suasana kampung, warna coklat daripada warna rumah-rumah tradisional di kampung serta warna fuchsia, putih dan turquoise yang sinonim dengan kemeriahan Ramadan dan Syawal,” katanya ketika ditemui oleh Remaja semasa pelancaran koleksi, baru-baru ini.
Hasilnya, koleksi ini tampil ceria dengan karakter tersendiri tanpa menjejaskan sentuhan klasik yang menjadi tunjangnya.
“Dengan identiti Syomsz, kami mengetengahkan konsep tidak terikat kepada jantina, tidak terhad kepada saiz dan juga mesra untuk umrah dan wuduk kerana semuanya menggunakan fabrik semula jadi sepenuhnya.” – Syomirizwa GUPTA
Pada masa yang sama, antara soroton paling mencuri perhatian dalam koleksi ini adalah penggunaan kain pelikat. Dalam pada rumah fesyen lain menawarkan rekaan berfabrik batik, songket mahupun brocade; Syomirizwa meraikan fabrik yang sering ‘dipandang biasa’.
“Kadang-kadang kain pelikat ini dilupakan. Walaupun ada yang cakap kain pelikat ini asalnya bukan dari Malaysia, tetapi kita tahu semua lapisan masyarakat menggunakan kain ini.
“Jadi saya ketengahkan kain pelikat sebagai satu fabrik yang patut diraikan,” jelasnya.
Beliau turut menambah penggunaan kain linen dan kain kapas dalam rekaan memandangkan kedua-duanya bersesuaian dengan iklim tropika Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Pemilihannya bukan sekadar memenuhi aspek estetika, malah praktikal untuk memastikan keselesaan maksimum ketika digayakan sepanjang hari.
Di samping itu, Syomirizwa turut sempat berkongsi sisi romantis mengenai kain linen yang sering disalah faham.
“Ramai yang cakap fabrik ini mudah kedut tapi sebenarnya ia memang diciptakan untuk meraikan kedut. Lagi mahal dan tulen linen itu, lagi kedutlah dia”
“Itu keindahan linen, cuma mesti gosok dulu sebelum pakai. Selain itu, lebih kerap kita cuci, semakin lembut dan selesa dipakai,” ujarnya.
Jadi ya, kedut bagi pemakai SYOMSZ bukan satu kecacatan – ia adalah lambang karakter.
Koleksi “Dah Ready?” oleh SYOMSZ hadir dengan 19 rekaan versatil yang menampilkan kebaya linen, kurta santai, skirt pareo lilit, seluar lilit gender-neutral, jubah moden serta selendang kapas bercorak kotak.
Untuk yang menggemari persalinan kontemporari dan praktikal untuk Raya kali ini, korang boleh mula mendapatkannya di The Campus Ampang, di ruang pamer SYOMSZ di Bangsar atau menerusi platform dalam taliannya bermula RM190 hingga RM690.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan mask dengan tujuan untuk merawat kulit wajah adalah salah satu ‘amalan wajib’ bagi setiap perempuan.
Tapi korang jangan tak tahu, bukan si gadis-gadis je yang buat amalan ini, kaum lelaki pun ada juga yang memakai mask demi menjaga kulit wajah mereka.
Tak kisah la lelaki ke perempuan, kulit wajah memang kena jaga dengan baik. Kalau tidak nanti berminyak, kering atau pun berjerawat. Kalau kulit muka dah rosak korang juga yang susah kan?
Jadi sekiranya nak menggunakan mask, berikut adalah beberapa sheet mask terbaik dari Korea yang korang boleh dapatkan di pasaran Malaysia.
1. It’s Real Squeeze Mask- Rice, Innisfree
Menggunakan ekstrak beras sebagai ramuan utama untuk membantu kulit kering dan mengembalikan kelembapan serta kecantikan wajah. Ia juga mampu membersihkan kotoran yang terdapat pada kulit muka. Boleh digunakan oleh semua jenis kulit.
2. Etude House Therapy Air Mask Sheet
Diperbuat daripada bahan semula jadi, selulosa sayur kerana udara mampu menembusinya dengan mudah bertujuan untuk memberikan kulit untuk bernafas dengan sempurna. Mask ini juga mempunyai kolagen dan mampu untuk meregangkan kulit wajah supaya tidak berkedut.
3. Nature Republic Real Nature Facial Mask ALOE
Merupakan 100 peratus buatan Korea, ia amat sesuai bagi wanita yang inginkan kecantikan wajah tetapi pada masa yang sama mempunyai kulit yang sensitif. Menggunakan bahan yang sangat mesra kulit iaitu aloe hydarating untuk mengembalikan seri wajah.
4. Elianto Nutri Essential Mask Sheet- Mung Bean
Harga yang murah dan mampu milik tetapi ramuan mung bean (kacang hijau) yang digunakan dapat membantu kulit untuk mencegah jerawat dan menjadikan kulit lebih licin. Ia juga mempunyai panthothenate yang menghasilkan kulit lebih lembap dan mengelakkan daripada pertumbuhan jerawat.
5. I’m Real Avocadi Mask Sheet, Tonymoly
Ekstrak avocado mampu membekalkan nutrisi kepada kulit dan mengembalikan seri wajah. Produk ini sesuai sangat untuk remaja yang mengalami masalah kulit kusam akibat daripada kekurangan nutrient pada wajah. Pakai mask ini selama 20 hingga 30 minit dan kemudian tanggalkannya. Mudah saja!
6. Korea SNP Diamond Brightening Ampoule Mask
Diformulasi tanpa paraben, pewarna dan pewangi tiruan dan menjadikan kulit wajah bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dalam jangka masa yang Panjang. Ia juga berfungsi untuk mencerah serta memberi kelembapan berganda pada kulit.
Tak perlu pakai hari-hari, cukup sekadar pakai dua kali seminggu pun dah okay. Paling penting, jaga kulit wajah korang sebelum ia jadi lebih teruk. Nanti lagi pula nak ‘repair‘. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai tahu tentang kanser. Sesetengah pesakitnya mampu survival tetapi sesetengah kes diakhiri dengan kematian. Di Malaysia, kanser payudara mencatatkan kematian tertinggi bagi wanita diikuti kanser kolokteral atau kanser usus.
Dan kanser ketiga yang mencatatkan jumlah kematian tinggi adalah kanser serviks atau paling mudah disebut kanser pangkal rahim. Daftar Kanser Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan, bilangan kes kanser serviks merangkumi 10.7 peratus daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di negara ini.
Pada tahun 2007, sebanyak 847 kes kanser serviks terbaru dilaporkan. Oleh itu dianggarkan sebanyak 2-3 kes baru yang dilaporkan setiap hari. Angka ini ternyata semakin menakutkan.
2-3 wanita dilaporkan mengidap kanser serviks dalam tempoh sehari. Angka ini jelas menakutkan..
Tapi tiada penyakit tiada ubatnya. Terdahulu, pihak kerajaan dalam Perbentangan Bajet 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.
Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai catch up bagi wanita yang berumur 18 tahun untuk mencegah kanser serviks.
Apa korang kena tahu tentang vaksin HPV atau disebut sebagai Human Papilloma Virus?
HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan intim.
Setiap wanita yang melakukan hubungan intim berisiko dijangkiti HPV
Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks.
Terkini, bagi wanita warganegara Malaysia yang berusia anak gadis berusia 22 hingga 27 tahun, boleh dapatkan suntikan vaksin HPV secara percuma di semua klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kesakitan dalam perut antara punca kanser serviks mula dikesan terjadi pada wanita
Untuk edisi 2018, program ini dibuka untuk wanita yang belum berkahwin dan juga lahir pada tahun 1991 hingga 1996 (22 hingga 27 tahun pada 2018), untuk warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
Program vaksin percuma ini hanya diperuntukkan kepada 27,000 wanita yang terawal. Setiap klinik mempunyai kuota stok vaksin yang berbeza.
Anda boleh mendaftar untuk program vaksinasi di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.
Syarat kelayakan untuk program ini adalah seperti berikut:
– Dilahirkan pada tahun 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996
-Bujang dan belum pernah berkahwin
-Tidak hamil
-Tidak mempunyai alergik yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan perubatan segera
Tahu tak, harga bagi semua suntikan ini ialah RM540 dan ianya diberikan kepada siapa cepat dia dapat. Ada tiga kali suntikan di mana suntikan pertama dan kedua, akan dilakukan dalam tempoh sebulan dari tarikh diberi. Diikuti 6 bulan bagi suntikan ketiga.
Kenapa perlunya ada vaksin HPV ini?
-Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV
-Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan kelamin terjadi
-Vaksin ini adalah halal
So, kalau korang lahir tahun 1991 dan tahun-tahun seperti dinyatakan dia atas, ada adik atau kakak yang lahir tahun yang sama dan belum mendapatkan suntikan ini, segeralah ke LPPKN yang terdekat. Bukan apa, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber :- Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara & Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres popular, Datin Intan Najuwa kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh...