Berita baik untuk mereka yang sedang berkira-kira untuk menukar kepada pakej internet berlainan mulai tahun hadapan.
Ini susulan pengumuman Menteri Komunikasi & Digital, Yang Berhormat Fahmi Fadzil semalam mengenai pakej internet mudah alih mampu milik yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada Februari 2023.
Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil.
Digelar sebagai ‘Pakej Perpaduan’, beliay berkata pakej ini menjadi realiti hasil kerjasama dengan lima syarikat telekomunikasi utama di Malaysia termasuklah Celcom-Digi, Maxis dan YTL.
“Pakej Perpaduuan ini merupakan pakej prabayar internet mudah alih yang ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30GB untuk tempoh 6 bulan.
“Ini bermakna dengan hanya RM5 sebulan; golongan B40, belia dan warga emas boleh menikmati kemudahan internet dan telekomukasi dengan kelajuan 3Mbps,” katanya.
Ads
Tambah Fahmi lagi, data tersebut memadai untuk menampung penggunaan perkhidmatan panggilan dan perbualan, aplikasi dalam talian untuk aktiviti harian seperti pembelian, perbankan internet dan macam-macam lagi.
Ads
Ia RM5 lebih rendah berbanding pakej semasa, malah kelajuannya juga meningkat tiga kali ganda.
“Tiada guna sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan adalah lebih murah dan lebih laju sekiranya tiada jaringan,” kata Fahmi.
Ads
Beliau turut menambah, penyedia-penyedia perkhidmatan seperti Celcom-Digi, Maxis dan YT akan menyediakan ‘Pakej Perpaduan’ yang asas ini. Namun penyedia perkhidmatan juga boleh menawarkan nilai tambah kepada pakej sedia ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini Apple telah mengeluarkan iPhone 12 dan iPhone 12 mini dengan variasi 5 warna berbeza iaitu putih, hitam, biru, hijau dan merah. Terbaru, Apple telah mengumumkan bahawa kedua-dua telefon pintar itu bakal dilancarkan dengan warna terbaru, ungu.
Ha, bagi mereka yang suka warna ungu dan telah pun upgrade phone korang kepada iPhone 12 mesti bengang kan? Hiks!
Namun begitu, spesifikasi telefon pintar itu masih lagi sama seperti asal cuma bezanya hanya pada warna dengan kemasan berwarna ungu.
Harga bagi warna baru ini ditawarkan seperti berikut:
• iPhone 12 mini 64GB – RM3,399
• iPhone 12 mini 128GB – RM3,899
• iPhone 12 mini 256GB – RM4,099
Harganya agak sedikit berbeza dengan lima warna lain bagi iPhone 12 dan iPhone 12 mini. Namun kami percaya bagi mereka yang inginkan warna ungu ini, pasti tidak ada masalah untuk melabur wang lebih sedikit. Betul tak?
iPhone 12 dan iPhone 12 mini ungu ini akan berada di lebih 30 negara bermula 30 April 2021, dan tempahan dibuka dari 23 April 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.
Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.
Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.
Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.
Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.
Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?
Malaysia mempunyai mercu tanda yang tersergam indah dan boleh dikunjungi pelawat untuk menikmmati pengalaman berada di banggunan tertinggi di negara kita.
Menara Berkembar Petronas atau lebih sinonim dengan nama Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) antara lokasi tumpuan pelancong kerana pengunjung dapat melawat Skybridge yang berada di tingkat 41. Dari situ, pengunjung dapat melihat keindahan Kuala Lumpur dari pemandangan atas bangunan tertinggi.
Seperti yang korang semua sedia maklum, untuk ke Skybridge, pengunjung perlu mendapatkan tiket berharga RM28 untuk warganegara Malaysia dan RM80 bagi pelancong dari luar negara.
Walau bagaimanapun, kini pengunjung boleh merasai pengalaman berada di Skybridge KLCC terlebih dahulu secara maya. Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana agaknya keadaan di sekitar Skybridge tetapi masih belum berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, inilah peluang untuk korang ‘melawat’ SkyWalk 360 secara maya.
Apa yang korang boleh lihat melalui SkyWalk 360 ini?
Ia memberikan pengalaman lawatan 360 darjah kepada pelayar web. Korang hanya perlu melawat laman SkyWalk 360 dan memulakan lawatan secara maya dan percuma.
Di sini, korang boleh melihat pelbagai kawasan sekitar KLCC dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara berkenaan. Terdapat juga paparan dari udara dan juga daripada tingkat 86.
Apa yang lebih menarik, lawatan maya korang juga disertakan dengan muzik iringan bagi menambah ‘feel’ seakan berada di atas sana. Hiks!
Namun begitu, pengalaman melawat secara maya tidak sama seperti korang mengunjungi sendiri ke lokasi berkenaan. Tetapi, ia sudah cukup untuk memberikan pengalaman awal dan pengetahuan tentang Skybridge KLCC.
So guys apa lagi, jom cuba rasai pengalaman di SkyWalk360 KLCC.
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.