Nak Kahwin Dengan Anak Sulung, Ini 10 Karakter Mereka Yang Korang Kena Tahu

969

Anak sulung biasanya yang kita selalu dengar, mereka ni seorang yang garang, tegas dan menakutkan.

Terbawa-bawa gelaran ‘kak long’/’abang long’, ramai yang menganggap anak sulung ni mempunyai karakter dominan dalam pergaulan.

Tapi, tak semua macam tu tau.

Berikut merupakan 10 karakter berdasarkan pemerhatian sekeliling yang perlu korang tahu sebelum memilih anak sulung sebagai pasangan hidup.

1. Matang

Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada.

2. Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati

Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati.

3. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati

Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan?

4. Happy go lucky

Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif.

5. Penyayang, mudah mesra

Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks!

6. Suka tersenyum walaupun tengah sedih

Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa.

7. Caring, susah nak lupakan orang yang dia sayang

Dah penyayang, mestilah caring. Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu. Hati-hati eh (Haha!)

8. Manja tapi tak tunjuk

Jangan tak tahu, anak first pun sebenarnya manja juga tau. Tapi tak tunjuk sangat pun. Baru nampak cool kan? Hehe..

9. Bertanggungjawab

Dah biasa galas tanggungjawab sejak kecil lagi. Anak sulung la yang mak ayah selalu harapkan untuk membantu mereka buat kerja rumah dan jaga adik-adik yang lain.

10. Kadang-kadang degil

Bukan anak bongsu je degil, anak pertama ni pun ada degilnya juga. Tapi kadang-kadang je la. Selebihnya mereka memang selalu beralah.

Apa-apa pun, ini hanyalah pemerhatian dan mungkin segelintir daripadanya mempunyai sikap yang berlainan.

CER KOMEN SIKIT