Saiz liang roma di wajah setiap individu berbeza antara satu sama lain. Folikel rambut atau nama mudahnya pori sangat penting kerana ia menjaga kelembapan kulit wajah dari terhidrat secara terus.

Biasanya apabila kulit menanggalkan lapisan luar sel-sel mati, pori akan menjadi tersumbat. Ditambah kelenjar minyak dan bakteria, ia memberikan kesan ketara pada wajah. Kelenjar minyak ini biasanya akan terus menghasilkan minyak menyebabkan liang menjadi kusam, tidak bermaya dan mudah dijangkiti.

Biasanya bagi mengecilkan semula liang pori yang kusam dan tidak bermaya, kita akan mengujungi spa untuk membuat urutan wajah dan kosnya mungkin tinggi.

Menjaga kesihatan kulit sangat penting dan membersihkan pori boleh dilakukan di rumah saja. Gunakan pun bahan alami, lebih murah dan mudah tanpa bazirkan banyak wang.

Dipetik dari laman Boldsky, ini tiga cara perawatan di rumah untuk membersihkan pori-pori agar kulit tampak sihat.


Tomato

Sejak dulu tomato sangat berkesan membersihkan kulit wajah dan membantu meningkatkan struktur dan penampilan wajah. Sama ada di makan begitu saja atau digunakan untuk luar kulit.

Bahan:

IKLAN

Kisar tomato (gunakan ikut kesesuaian mahu dipakai)

Cara penggunaan :

Ambil tomato dikisar tadi di tangan lalu gosok secara lembut ke wajah selama beberapa minit. Selepas itu, biarkan di wajah sekitar satu jam.
Bilas menggunakan air suam. Selepas itu gunakan air sejuk sebagai bilasan akhir. Untuk mendapatkan hasil yang baik, buatlah selang sehari. Ulang selama beberapa minggu. Masalah kulit berminyak juga selesai.


Telur Putih dan Lemon

Tahukah, putih telur sangat membantu membersihkan pori-pori kulit. Bukan itu saja, putih telur juga mencegah penuaan awal pada kulit. Manakala lemon pula mengandungi zat yang membantu mengecilkan pori-pori kulit.

IKLAN

Bahannya :

1 biji telur (ambil putihnya)
2-3 sudu makan perahan air lemon

Cara penggunaan :

Campur keduanya (putih telur dan air lemon).

IKLAN

Sapukan ke wajah.Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas sampai bersih dan cuci muka menggunakan air suam. Ulang cara ini selama seminggu untuk dapatkan hasil terbaik.


Serbuk penaik (baking soda) dan madu

Sifat pengelupasan dan antibakteria dari serbuk penaik yang dicampur dengan madu yang bersifat pelembap, anti radang dan anti oksidan memberikan cara terbaik untuk membersihkan pori-pori kulit secara mendalam.

Bahannya :

1 sudu makan baking soda
2 sudu makan madu

Cara penggunaan :
Letak baking soda dalam mangkuk. Tambahkan madu ke dalamnya dan campur kedua-dua bahan. Kemudian, sapukan ke wajah.
Biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam.

Mudah bukan, bukan saja jimatkan duit, muka tidak lagi kusam dan tampak segar dan bermaya.