Semua tahu, beliau merupakan seorang pemain bola sepak Muslim  paling dikenali di dunia masa kini.

Fenomena Mohamed Salah atau mesra dikenali sebagai Mo Salah bukan sahaja dirasai dalam kalangan peminat setia kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC dan negara asalnya, Mesir tatapi oleh pengikut sukan bola sepak di seluruh dunia.

Pada bulan Ramadan tahun ini, tiada apa yang berbeza dalam rutin harian Mo yang kekal meneruskan ibadah Ramadan biarpun perlawanan bola sepak di sana berlangsung pada setiap minggu.

IKLAN

Kapten pasukan kebangsaan Mesir ini merupakan seorang yang sangat patuh pada agama. Malah setiap kali melakukan jaringan dia pasti akan tunduk dan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah.

Mo Salah Tetap Berpuasa, Karier Bukan Alasan Tidak Tunduk Kepada Allah SWT

Bercakap mengenai ibadah puasa, Mo tidak cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang pemain Muslim yang melalui bulan penuh barakah ini. Dia akan berkongsi tentang jadual latihannya yang penuh.

IKLAN

Sebagai contoh pada tahun lalu, Salah menunjukkan rutin ‘workout’-nya pada jam 3 pagi di Instagram. Tahun ini tidak jauh berbeza apabila Salah kongsikan foto pada awal Ramadan lalu berserta kapsyen berbunyi, “Saya ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

IKLAN

Penulis juga masih ingat bagaimana Salah tetap menunaikan ibadah puasanya pada hari perlawanan akhir UCL apabila Liverpool FC menentang kelab Real Madrid pada tahun 2018. Ini kerana Salah mempunyai prinsip untuk tidak menjadikan kariernya sebagai alasan untuk tunduk kepada Yang Maha Esa.

Tentunya, Salah selalu mendapat dorongan daripada seorang lagi pemain sensasi Liverpool dari Senegal, Sadio Mane yang juga akan meneruskan ibadah puasa.

Mo Salah Tetap Berpuasa, Karier Bukan Alasan Tidak Tunduk Kepada Allah SWT
Sadio Mane dan Mo Salah

Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Mo Salah dan Sadio Mane menyeimbangkan kerjaya mereka dan ibadah puasa amatlah mengagumkan. Walaupun ada pendapat yang mengata mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa (kerana perjalanan jauh sebagai musafir ketika ke lokasi lain untuk hari perlawanan) namun mereka tetap menunaikan puasa.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI