Mesti Ramai Bayar Mahalkan, Harga Gas Memasak Maksimum Hanya RM26.60 Saja

662

Baru-baru ini  tular di media sosial mengenai harga sebenar gas yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mana harga maksimum runcit bagi barangan harga terkawal (gas petroleum cecair) hanyalah RM26.60 bagi berat 14 kg.

Manakala harga bagi 12 kg pula diletakkan pada harga RM22.80 dan RM19 bagi 10 kg seperti mana ditetapkan oleh pihak kementerian.

Ternyata ramai netizen menyuarakan pandangan masing-masing apabila mereka biasanya membayar lebih dari harga berkenaan malah ada yang mengakui membayar antara RM28-RM30 bagi gas seberat 14 kg biarpun gas diambil terus dari kedai runcit yang menjualnya.

Inilah harga maksimum ditetapkan oleh KPDKNHEP untuk gas memasak

Biar gas memasak diletakkan pada harga kawalan namun ada juga sesetengah peniaga berani meletakan beza antara RM2-RM3 mengikut kawasan dan jika dicampur kos penghantaran, kena bayar lebih dari jumlah dinyatakan.

Menyedari ramai pengguna berbalah di media sosial berkenaan harga gas memasak, pihak KPDNHEP di hantaran fb rasmi mereka menyatakan orang ramai boleh membuat aduan secara rasmi jika membayar lebih dari jumlah dipersetujui oleh pengguna dan peruncit.

Apakah hak pengguna apabila membeli gas memasak?

  • Pengguna BOLEH MEMBELI LPG PADA HARGA YANG DIWARTAKAN secara terus di premis peruncit.
  • PERUNCIT BOLEH MENGENAKAN CAJ PENGHANTARAN LPG kepada tempat kediaman pada kadar yang dipersetujui secara bersama.
  • Sekiranya PENGGUNA HARGA RUNCIT (tidak termasuk caj penghantaran) TIDAK MENGIKUT HARGA YANG DIWARTAKAN, pengguna boleh membuat ADUAN MELALUI SALURAN RASMI Kementerian.

So mana nak mengadu dan apa nombornya?

Korang boleh follow seperti di bawah tu. Ada nombor sms, whatsapp dan sebagainya.

Apa yang penting kita kena berilmu dan tahu hak-hak kita sebagai pengguna kalau kita rasa tertindas membayar mahal sebelum ini. Masa yang sama, tong gas kosong juga amat berharga kerana terdapat banyak kes-kes kecurian tong gas. Untuk pengetahuan korang yang belum ada tong gas dan mahu beli baru, harganya tak lari dari RM80-RM100 mengikut kawasan. Kalau dah ada tong, harga di atas tu la yang korang perlu bayar setiap kali gas habis.

 

CER KOMEN SIKIT