Sumber Gambar : Pexels

Pernah tak berlaku bila tiba-tiba mata bergerak-gerak atau berkedip sebelah kiri atau sebelah kanan dengan sendirinya? Memang tak boleh nak dikawal, dan ia cukup menganggu.

Ia dikenali sebagai‘Eye twitching’ atau Myokymia ini adalah kerdipan mata yang berlaku pada bahagian otot muka. Dalam bahasa melayunya ia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak.

Kerdipan mata ini boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Ada setengah mitos orang tua mengatakan ia merukan ‘petanda, sesuatu perkara akan berlaku. Betul ke?

Nama pun mitos kan jadi mari kami kongsikan punca-punca terjadinya eye twitching ini.

1. Terlalu penat

IKLAN

Kekurangan tidur yang juga disebabkan oleh tekanan atau sebab-sebab lain mampu menjadi penyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur yang cukup.

2. Stress

Reaksi tubuh badan setiap manusia adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya adalah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelakkan daripada berlakunya eye twitching ini.

3. Kekeringan mata

Lebih daripada separuh warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah ini juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

IKLAN

4. Ketegangan mata

Dalam keadaan tertekan, mata akan bekerja dengan lebih kuat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya eye twitching.

Penggunaan komputer atau telefon bimbit pada jangka masa yang lama juga boleh menjadi salah satu faktor kepada masalah ini.

5. Alergi

IKLAN

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Sekiranya mata tersebut digosok, ia akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin ini boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk mengatasi masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walau bagaimanapun diingatkan bahawa antihistamin akan menyebabkan mata menjadi kering. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

6. Kafein dan Alkohol

Sesetengah pakar berpendapat bahawa pengambilan kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya eye twitching.

Sementara itu, sesetengah masyarakat mengatakan bahawa mata berkedip ini mempunyai kaitan dengan dengan hati dan perasaan. Malah, ada juga yang cuba meramal masa depan dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka sama ada perkara itu baik atau tidak baik.

Sumber :Dr Zubaidi Ahmad