Mat Salleh Ini Sanggup Habis $100,000 Untuk Jadi Jimin BTS

285

Penangan K-Pop ni bukan hanya melanda negara kita, malah mat salleh pun turut sama tergila-gila nak jadi macam bintang Korea.

Percaya atau tidak, seorang lelaki British sanggup menghabiskan wang sebanyak $100,000 (RM407,250) untuk transformasi dirinya menjadi seperti ahli kumpulan BTS, Park Ji-Min (Jimin).

Oli London yang dahulunya pernah menetap di Korea pada 2013 telah jatuh cinta dengan boyband tersebut menerusi lagu hit mereka, Fake Love.

Kredit foto: Marcus Hessenberg/Barcroft Images

Prosedur pembedahan plastik yang dilakukannya setakat ini termasuk hidung, pembedahan tulang rusuk dan juga implant dagu silikon bagi usaha untuk memiliki raut wajah yang menyerupai idolanya, Jimin BTS.

“K-Pop stars all look perfect, bila saya menonton video mereka, saya menangis. Ketika zaman sekolah, saya mempunyai masalah jerawat dan sering rasa insecure pada diri sendiri. Saya juga memiliki hidung yang besar. Jadi, saya rasa perlu mengubah diri untuk rasa lebih bahagia,” jelas Oil.

Wajahnya yang dahulu

Oil telah membuat fillers di sekeliling matanya pada Ogos tahun lalu dan dia mahu gaya hidupnya secara keseluruhan berubah kepada K-Pop dan ingin dirinya menyerupai penyanyi utama BTS, Jimin.

Kredit foto: Marcus Hessenberg/Barcroft Images

Setiap kali lelaki ini ingin melakukan perubahan pada wajahnya, dia akan menunjukkan gambar Jimin dan untuk segala pembedahan yang telah dilakukannya itu, semuanya menelan belanja sebanyak £75,000 iaitu bersamaan hampir $100,000.

Itu belum masuk lagi kos yang dia keluarkan untuk membeli pakaian dan kasut supaya yang bersesuaian dengan gaya Jimin. Semuanya mahal-mahal tau!

Memang kaya betul mamat ni. Hiks!

Reaksi Netizen

Biasalah di media sosial, ada saja yang meninggalkan komen-komen lucu.

Walau bagaimanapun, ini adalah pilihan peribadi individu tersebut. Terserahlah dia nak tiru macam siapa pun, yang penting kalau kita tahu benda ni tak elok, jangan tiru okay? Hiks!

CER KOMEN SIKIT