Masih Single Sis? Ini Doa Mustajab Yang Boleh Diamalkan Untuk Cepat Dapat Jodoh

Bercakap soal jodoh memang semua inginkan pasangan yang terbaik. Dalam usaha mencari tu janganlah lupa untuk berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dipertemukan dengan calon yang dapat membimbing kita ke jalan Allah.

Setiap manusia memang sudah ditetapkan jodoh masing-masing seawal dalam kandungan ibu lagi. Namun, untuk mendapatkannya kita juga harus tetap berusaha dan memohon doa kepada yang Maha Esa.


Ada orang yang jodohnya sampai cepat dan ada juga yang tiba agak lewat. Apa yang penting adalah kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa jodoh akan datang tepat pada masa yang sesuai.

IKLAN

Walau bagaimanapun, jangan hanya menunggu jodoh jatuh dari langit, sebaliknya cuba lakukan amalan-amalan yang ingin REMAJA kongsi kan ini supaya dipermudahkan jalan untuk mendapat jodoh.

Tak salah berikhtiar dan sememangnya kita juga dituntut untuk terus mencari jodoh.

Menjadi lebih baik

Kadang, punca susah mendapatkan jodoh dan rezeki adalah kerana disebabkan dosa daripada masa lalu. Cara yang boleh dilakukan adalah dengan taubat dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik, maka InsyaAllah anda akan mudah untuk mendapatkan apa yang diingini.

Memohon maaf kepada ibu bapa

Segeralah memohon maaf kepada kedua ibu bapa kerasa dosa kepada orang tua juga membuatkan rezeki sempit dan sukar mendapat jodoh. Ini kerana reda ibu bapa adalah reda Allah juga.

.

Berbakti kepada orang tua

Dengan berbuat baik kepada orang tua dapat memurahkan rezeki dan salah satunya adalah cepat dapat jodoh.

Jaga silaturrahim

Menjaga silaturahim juga dilihat menjadi salah satu rahsia untuk mendapatkan rezeki dan jodoh dengan mudah. Semakin kita menjaga silaturahim, semakin luas kita berpeluang untukbertemu jodoh.

Sedekah

Kelebihan bersedekah salah satunya adalah mudah mendapatkan rezeki. Percayalah bahawa Allah akan menggantikan dengan lebih asalkan anda ikhlas.

IKLAN

Sabar

Jika masih belum juga bertemu jodoh, sabar. Sebaiknya cuba untuk sabar dengan ikhlas dan sentiasa berfikiran positif. Allah dah janjikan yang manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Ibadah

Lakukan solat lima waktu, puasa sunat Isnin Khamis, solat sunat, solat tahajud dan membaca Al-Quran InsyaAllah segala rezeki akan dipermudahkan bagi mereka yang sedang mencari jodoh.

Banyakkan berdoa

Kunci untuk mendapatkan apa yang diinginkan adalah dengan doa. Doa merupakan senjata utama bagi menemukan yang terbaik.

Berikut merupakan beberapa doa yang boleh anda amalkan:

Doa untuk lelaki

 


Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.

Doa untuk perempuan

 


Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.

Doa mustajab dalam Al-Quran dan hadis untuk meminta jodoh pasangan

 


Ertinya: Ya Allah, anugerahkan oleh kami jodoh isteri-isteri kami serta keturunan kami sebagai penyenang hati kami serta jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa (QS Al-Furqaan ayat 74).

 


Ertinya: Ya Allah, jangan Engkau membiarkan ku hidup seorang diri serta Engkaulah pewaris paling baik.

Doa minta cepat menikah untuk lelaki

 

Ertinya: Ya Allah, aku ingin cepat menikah. Ya Allah tetapkan untuk ku wanita mulia kehormatannya, paling menjaga dirinya untuk ku serta untuk harta ku paling luas rezekinya paling banyak berkatnya, dan tetapkan untuk ku darinya anak yang baik Engkau jadikan ia sebagai penerus ku yang soleh pada masa hidup ku setelah kematian ku.

Doa minta cepat menikah untuk perempuan

 


Ertinya: Ya Allah, aku ingin cepat menikah. Ya Allah tetapkan untuk ku lelaki tampan rupa akhlaknya, paling luas rezekinya paling banyak berkatnya, kurniakan aku anak yang baik yang Engkau jadikan ia sebagai kebanggaan di masa hidup ku setelah kematian ku.

Ini merupakan usaha-usaha yang boleh anda amalkan dan setelah itu tawakal dan serahkan semua urusan ini kepada Allah SWT. InsyaAllah.

Sumber: doaamalanwirid.blogspot.my