Nampaknya dalam kerancakan pulang ke kampung meraikan sambutan aidilfitri yang bakal menjelang esok hari, pasti berlaku kes kerosakan kereta yang langsung kita tidak terduga akan terjadi.

Ketika itulah ramai trak penunda khususnya towing akan memujuk menggunakan perkhidmatan mereka tetapi akhirnya dalam kekalutan itu kita mungkin tertipu dalam diam.

Dalam usaha memastikan pengguna tidak tertipu dengan khidmat towing dan orang tengah yang suka ambil kesempatan, maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) melancarkan program keselamatan pengguna jalan raya.

Program tersebut bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya mendapatkan khidmat towing dan bengkel kereta dengan harga yang berpatutan.

Kereta Rosak Time Balik Raya, Ini Nombor Wajib Dail Jika Tak Nak Ditipu

IKLAN

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program kerjasama tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada tertipu.

“Kita tidak mahu bengkel kenderaan dan penarik kereta atau towing mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna jalan raya terutama pada waktu musim perayaan,” katanya disini hari ini.

Nadzim berkata PPIM mahu Percamas menjadi tempat rujukan utama pengguna untuk memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran yang berpatutan.

IKLAN

“Selain itu kita mahu mendidik pengguna dan keluarga dikampung tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan,” katanya.

Kereta Rosak Time Balik Raya, Ini Nombor Wajib Dail Jika Tak Nak Ditipu
Perkhidmatan towing amat diperlukan ketika kereta rosak namun sila hati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna

Sementara itu Presiden Percamas, Ramlan Ramli berkata pertubuhan itu komited bagi memastikan khidmat dan bantuan profesional oleh ahli yang berdaftar untuk semua pengguna jalan raya.

“Ahli kami ada di seluruh Semenanjung, kami menawarkan khidmat bantuan awal untuk menarik kereta yang mengalami masalah seperti kerosakan atau kemalangan,” katanya.

IKLAN

Selain itu Ramlan turut berkata ahli Percamas juga mengendalikan bengkel kenderaan bagi memastikan pengguna tidak dikenakan bayaran terlalu tinggi dan tiada pihak yang mengambil kesempatan keatas pengguna.

Percamas merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyediakan dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli call man.

Pertubuhan itu menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang dapat membantu pengguna jalanraya dan pihak berkuasa tempatan.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032 dan bagi mendapatkan bantuan kerosakan kenderaan / kemalangan boleh hubungi Hotline PERCAMAS di talian +60162576699.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI