Ramai sukakan makanan proses segera. Bukan saja mudah dimasak tetapi ia tidak sesukar mana di sediakan. Sediakan kuali dan minyak atau dibakar, sosej antara makanan pilihan rakyat Malaysia ketika berkelah dan sebagainya.

Namun perkongsian yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini pasti membuat penggemarnya terkedu. Ya, sosej amat tidak sihat diambil dalam kadar yang kerap. Paling menakutkan ia meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus selain boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam badan.


Nah, ini lima bahaya sosej patut kita semua tahu. Sila kurangnya terutama diberi kepada kanak-kanak kecil.

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

IKLAN

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan
5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

IKLAN


Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.

IKLAN

Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!
#masintaksemestinyasedap
#sukusukuseparuh
#kkmterbaik