Bahagian bawah lengan atau ketiak meskipun tidak ditunjukkan kepada orang lain tetapi ia sangat penting. Ketiak yang hitam boleh menggangu penampilan seharian kepada yang aktif bersukan olahraga, bola tampar dan lain-lain. Takkanlah korang nak orang lihat ketiak kamu hitam?

Tapi jangan risau selain menggunakan produk kosmetik yang sesuai, terdapat 4 sumber semulajadi yang boleh mengatasi masalah ketiak hitam yang korang alami? Bagaimana? Jom sama-sama kita lihat!

Ubi Kentang

Kandungan khasiat yang terkandung di dalam ubi kentang mampu membantu kulit di bawah lengan menjadi lebih sihat dan putih. Ia juga kaya dengan vitamin B6 dan mengandungi potassium, zat besi, vitamin C dan pelbagai lagi. Sumber semulajadi yang murah dan senang didapati ini juga tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

IKLAN

Lemon

Umum mengetahui lemon sangat kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, ia juga mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik berkhasiat dan boleh berfungsi sebagai pemutih semulajadi. Lemon juga boleh menjadi ejen pengelupasan kulit mati dan memudahkan untuk kamu menghilangkan kesan hitam di bawah lengan.

IKLAN

Minyak kelapa

Ramai yang tidak tahu akan khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa. Salah satu cara untuk menghilangkan kesan hitam di bawah lengan ialah dengan melembabkan bahagian tersebut dengan minyak kelapa. Kaya dengan vitamin E, minyak kelapa boleh membantu kulit lebih sihat dan mengurangkan kehitaman.

IKLAN

Kunyit

Nama kunyit sekarang agak tercemar dengan ‘konotasi’ yang negatif. Lupakan perkara itu kerana bahan semulajadi bersifat akar ini mengandungi curcumin yang merupakan ejen antioksidan. Ia mampu membantu meringankan warna kulit di bawah lengan dan dianggap sebagai bahan semulajadi paling efektif untuk tujuan ini.

Selamat mencuba! 🙂