Kecenderungan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) menjalin hubungan songsang bukan isu baru. Golongan ini begitu mudah diterima di negara Barat yang mengamalkan kebebasan dan kesamarataan hak tanpa diskriminasi golongan minoriti yang semakin berkembang menjadi majoriti di sesetengah negara.

Tegarnya kaum yang menyerupai umat di zaman Nabi Luth ini mungkin tidak terfikir dalam kepala lelaki dan perempuan yang normal namun kecenderungan salah laku seksual ini terhadap kaum sejenis ini benar-benar memualkan.

Mungkin apabila nyawa belum sampai di kerongkong, golongan ini mungkin bebas bersuara tetapi perkongsian cerita hasil bedah siasat doktor forensik terhadap seorang lelaki yang orentasi seksnya berbeza boleh dijadikan pengajaran buat semua.

“Mukanya hitam sehitam-hitamnya biarpun arwah kulitnya tidak begitu. Wajahnya tetap kehitaman biar darahnya sudah dikeluarkan semasa post mortem tersebut. Ternyata Allah menunjukkan azab pelakunya untuk memberi kesedaran kepada orang sekitar. Jadikan kisahnya iktibar kerana pengakhiran kehidupan manusia itu amat penting berbanding permulaan kehidupannya.

Golongan LGBT sudah cenderung mempamerkan seksualiti mengarut mereka kepada dunia

 

Bala Allah belum turun dan isu ini bukan hal remeh dan perlu diberi perhatian serius

Baca perkongsian seperti ditulis oleh ZEEDA AZIZ di fb miliknya.

Cerita ni lekat dalam kepala saya berminggu-minggu.

Kisah ini diceritakan kepada saya dan kawan² oleh seorang teman yang juga pakar forensik, dalam perjalanan kami menuju ke tempat makan.

Lelaki muda ni segak tampan orangnya. Berjaya dalam perniagaan. Belum berkahwin. Kematiannya hanya diketahui selepas beberapa hari kehilangannya.

Rutin anak ini setiap hari, dia akan menghubungi ibunya untuk bertanya khabar atau berkongsi cerita. Jadi apabila si ibu tak menerima panggilan langsung dari si anak, dia merasakan ada yang tak kena. Si ibu cuba menghubungi kawan baik anak.

Kawan baik ni kata, “anak makcik pergi bercuti”.
Si ibu tak percaya. Ini bukan perangai anaknya. Bercutilah ke mana pun, si anak tetap akan telefon ibu. Hubungan mereka cukup rapat. Anak manja mak.

Oleh kerana hati si ibu ni dah tak keruan, dia pergi ke rumah anak.

Anaknya ni orang yang cukup berjaya dalam perniagaan. Rumah besar, kereta mewah.

Terduduk si ibu apabila melihat jasad anaknya kaku di atas katil di bilik utama, tidak lagi bernyawa. Padanlah tiada lagi panggilan harian dari anak tersayang.

Polis kemudiannya datang untuk membawa mayat ke hospital bagi melakukan bedah siasat. Punca kematian perlu diketahui kerana cara kematiannya diragui.

Menurut kata forensik, prosedur biasa post mortem, darah dari tubuh badan si mati akan dikeluarkan.

Wajah si mati ni ketika diatas meja bedah, kulitnya hitam sehitam-hitamnya. Berbeza dengan warna kulit sebenar arwah ketika dia masih hidup, berdasarkan kepada gambar yang ada di rumahnya.

Sepatutnya selepas darah dibuang, warna wajah si mati akan kembali sekata seperti bahagian tubuh yang lain. Tapi ini tak berlaku. Wajahnya tetap hitam. Istighfar berkali-kali doktor ni.

Dari hasil laporan post-mortem, punca kematian adalah disebabkan oleh sexual asphyxia. Kematian ketika mengadakan hubungan seks.

Siasatan dijalankan secara terperinci oleh pihak berkuasa. Hasil siasatan mendapati ketika ianya berlaku, si mati bersama kawan² sejantinanya sedang melakukan aktiviti erotik beramai-ramai. Salah satu daripada permainan seks tu mengundang padah.

Teman lelaki arwah akhirnya ditangkap atas tuduhan membunuh. Si ibu pula sukar mempercayai cara kehidupan sebenar anaknya tetapi beliau harus redha. Semoga Allah mengampuni semua dosa² nya.

Dari perkongsian ini, saya simpulkan yang manusia ni, amalannya sewaktu hidup akan diperlihatkan hanya apabila nyawa sudah meninggalkan tubuh.

Orang yang kita sangka dia jahat, wajahnya ketika dikapankan terpancar nur. Itulah jawapan untuk kita yang sentiasa bersangka buruk kepadanya. Hanya Allah sahaja yang tahu amalan hambaNya.

Mungkin pula yang kita puji baik sungguh la hamba Allah ni, tetapi wajahnya bertukar sekusam lebam di pandangan mata kita.

Tujuan Allah perlihatkan perkara ini kepada kita adalah untuk kita memperbetulkan kesilapan yang kita buat selagi masih diberi nyawa.

Harini post ini dinaikkan untuk berpesan kepada kamu yang terlalai terleka.

Apa yang kita lakukan di dunia ni, jika ianya melanggar hukum Allah, azabnya sangat berat. Kita boleh nak justify yang inilah biologi, psikologi, fitrah, hak manusia, pilihan masing-masing, kubur lain². Tetapi apabila tamatnya riwayat kita, semua justifikasi tu tak berguna di alam sana.

Nafsu adalah ujian. Lebih berat ujiannya dari melawan kanser. Lebih hebat ujiannya dari kehilangan ahli keluarga.

Ini kerana ujian nafsu cukup nikmat. Ujian yang buat kita rasa sedap, hebat, puas, ketagih dan lalai. Bukan mudah nak tinggalkan perkara yang mengasyikkan.

Tetapi itulah bahagian dia. Ujian yang diberi itu mengagalkannya.

Kematian itu pasti dan akan jadi pengakhiran kita semua. Setiap saat boleh jadi yang terakhir.

Allah Maha Pengampun bagi mereka yang mahu bertaubat.

 

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: