Hilangkan Masalah Miss V Berbau Dengan 8 Cara Mudah Ini

2152

Penjagaan organ intim bagi wanita bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Kawasan ini harus dijaga rapi kerana ia merupakan organ terpenting. Biasakan diri menjaganya dengan baik.

1. Pilih tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi supaya korang rasa selesa ketika melakukan aktiviti lasak.

2. Elakkan daripada menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina. Sabun wangi hanya akan membunuh bakteria baik dalam vagina dan akan meninggalkan bakteria buruk yang akhirnya akan membawa bau yang kurang menyenangkan.

3. Pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Sebaiknya semasa hari aliran banyak ataupun ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita yang ‘bersayap’.

4. Yogurt dikenali dengan bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada vagina yang membawa kepada bau busuk.

5. Dinasihatkan agar kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah kerana darah akan mempercepatkan proses kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon pula, korang harus ingat untuk menukarnya.

6. Memakai pantyliner boleh membantu menyerap bau dan juga lendir keputihan.

7. Menggunakan tuala yang bersih dan kering, pastikan vagina bebas daripada lembap selepas mandi. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria buruk daripada membiak di kawasan intim.

8. Terapi air adalah salah satu cara yang paling mudah dalam pembersihan badan. Ia mempunyai unsur-unsur semula jadi yang boleh mencuci keluar kekotoran, seterusnya membantu mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan.

Setiap wanita memang perlu menitik beratkan penjagaan miss v supaya tidak mengeluarkan bau-bau yang tidak enak dan masalah keputihan atau pun sebagainya.

Jadi dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah vagina berbau.

 

CER KOMEN SIKIT