Dah jadi trend sekarang apabila ramai yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi, bukan sahaja bagi mengisi masa lapang tetapi untuk meningkatkan tahap kesihatan juga.

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar juga tidak terkecuali untuk menjinakkan diri dalam sukan berbasikal ini kerana disebabkan pembedahan lutut yang dilakukan beberapa bulan sebelum PKP, berat badannya naik mendadak dek kerana tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti.

Harris Annuar Cabar Diri Sertai Konvoi Berbasikal Ke Cherating, Kayuhan Sejauh 315KM

“Selepas daripada pembedahan lutut beberapa bulan lalu, memang Harris tak boleh melakukan apa-apa aktiviti dan hanya duduk di rumah kerja makan tidur sahaja. Hasilnya, berat badan Harris naik sehingga 7 ke 8 kilogram, asalnya daripada 69 kg naik sehingga 76 kg. Jadi, inilah sebab utama kenapa Harris melakukan hobi baru ini kerana ingin mengurangkan berat badan,” jelasnya.

BACA: Dapat Tingkatkan Kesihatan Mental & Turunkan Berat Badan, Ini 9 Selebriti Yang ‘Gila’ Berbasikal

Jika korang mengikuti Harris Annuar di laman instagramnya, pasti korang tahu bagaimana kerap anak muda ini konvoi berbasikal bersama rakan-rakannya. Antara tempat yang mereka konvoi beramai-ramai adalah disekitar kawasan Lembah Klang.

IKLAN

Harris Annuar Cabar Diri Sertai Konvoi Berbasikal Ke Cherating, Kayuhan Sejauh 315KM

“Selalunya kami berbasikal dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dan patah balik ke Shah Alam, perjalanan tersebut lebih kurang 70 kilometer. Selain itu, Harris bersama beberapa teman yang lain juga pernah berbasikal ke Genting Sempah, dimana lokasinya berbukit dan agak mencabar,”

“Laluan yang kami lalu itu sejauh 16 kilometer yang memang betul-betul mendaki bukit sahaja dan bukannya jalan mendatar. Kemudian, baru-baru ini kami ke Genting Peras dan itu merupakan laluan paling jauh yang Harris pernah buat setakat ini, iaitu 85 kilometer yang mana kami mengayuh dari Jalan Tun Razak terus ke puncak Genting Peras,” tambahnya lagi.

Harris Annuar Cabar Diri Sertai Konvoi Berbasikal Ke Cherating, Kayuhan Sejauh 315KM

IKLAN

Setiap aktiviti sukan yang dilakukan pastinya mempunyai liku-liku cabaran yang perlu ditempuh. Aktiviti berbasikal juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan cabaran yang besar. Namun, ia sedikit pun tidak menghalang individu yang ‘gila’ berbasikal untuk meneruskan minat dalam aktiviti ini.

“Sebenarnya cabaran yang paling teruk sekali adalah faktor cuaca, kulit pun boleh jadi gelap. Kadang-kadang hujan, tapi yang paling ‘sakit’ bila kena mengayuh waktu panas. Dia boleh tarik energy daripada okay terus jadi tak okay,” jelasnya.

Misi konvoi ke Cherating

Selepas beberapa trip konvoi yang dilakukan oleh team mereka, Harris berkongsi cerita bersama majalah Remaja bahawa dia akan menyertai konvoi berbasikal dari Kuala Lumpur ke Cherating pada hari esok.

“Tujuan utama Harris menyertai ride ini adalah untuk mencabar diri sebab Harris tak pernah mengayuh basikal dalam jarak yang jauh. Ride ini akan menjadi rekod peribadi Harris kerana kami akan mengayuh sejauh 315 kilometer, bermula selepas Subuh esok dan insyaAllah akan tiba di Cherating selepas Isyak. Anggaran waktu kayuhan adalah dalam 12 ke 15 jam, termasuklah berhenti untuk waktu solat dan berehat,”

IKLAN

Harris Annuar Cabar Diri Sertai Konvoi Berbasikal Ke Cherating, Kayuhan Sejauh 315KM

“Harris betul-betul excited dengan pasukan konvoi esok yang akan diketuai oleh Engku Imran. Bila ada team kapten, dia akan buat kita tidak berputus asa dan menjadi orang yang bertanggungjawab dalam memberi panduan kepada kami semua. Daripada segi keselamatan, Alhamdulillah semuanya sudah diperinci dan pasukan kami akan diiringi oleh support car sebanyak 4 hingga 5 kereta. Kami juga tidak akan lalu di lebuh raya kerana banyak kereta memandu dengan laju disitu. Jadi, sebagai langkah keselamatan, kami akan melalui jalan dalam,”

Harris Annuar Cabar Diri Sertai Konvoi Berbasikal Ke Cherating, Kayuhan Sejauh 315KM

“Harris berharap agar korang semua mendoakan keselamatan kami dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar esok,” tambahnya lagi.
Kami di Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat Harris dan team, semoga perjalanan korang esok berjalan lancar dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Kalau korang jumpa tepi jalan esok, bolehlah kasi ‘hon’ sikit bagi semangat. Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI