Happy 40th Birthday! Throwback 7 Cover Majalah Remaja Bersama Tok Ti

938

 

Kalau korang driving hari ini dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza asyik dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran ke-40 penyanyi nombor satu negara ini.

 

Sekarang, cantik, ceria dan glowing je Tok Ti kalau kita melihat beliau di posting Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, dah bergelar ibu kan..

Tapi sebenarnya sejak Tok Ti mula menjadi penyanyi selepas memenangi pertandingan Bintang RTM 1995 pada usia 16 tahun saja, Tok Ti memang pandai untuk menjaga kecantikan wajah dan aura sebagai seorang selebriti.

Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA dahulu:

 

Majalah Remaja September 2002

Tot Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik kot. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu ‘Badarsila’ di Anugerah Era 2002.

Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album ‘This Is Me Then’ dan foto Christina Aguilera untuk album ‘Stripped’.

 

Majalah Remaja Januari 2003

Isu khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.

Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan ‘Treasure The World’, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.

Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan

Majalah Remaja Julai 2003

Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari! Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta.

 

Majalah Remaja Jun 2004

Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai,  Prasasti Seni.

 

Ini 3 lagi cover Majalah Remaja yang sempat menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum beliau berkahwin hehe..

 

Majalah Remaja Januari 2001

 

Majalah Remaja Mac 2005

 

Majalah Remaja Feb 2006

 

REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.