Guna Pantyliner Untuk Elak Kaki Berbau & Berpeluh

1725

Tapak kaki yang mudah berpeluh selalu menjadi masalah kepada sebilangan besar individu terutamanya golongan wanita. Situasi ini boleh menyebabkan kaki berbau dan sudah tentu korang mesti sangat risau tentang masalah ini kan?

Ada trik menarik yang REMAJA nak kongsi untuk mengatasi masalah kaki berpeluh. Mudah saja.

Korang percaya tak pantyliner mampu membuatkan keadaan kaki menjadi lebih selesa dan tidak berasa lembap atau licin?

IKLAN

Tempelkan sahaja pantyliner pada bahagian tapak kaki kasut. Ia boleh berfungsi untuk menyerap peluh yang berlebihan pada tapak kaki dan dapat mengelakkan kasut daripada lembap dan licin. Selain itu, pantyliner juga dapat mencegah daripada kasut korang berbau busuk akibat berpeluh.

Tidak hanya bermanfaat pada kaki saja, pantyliner juga boleh digunakan untuk diletakkan di dalam kotak kaca mata hitam sebagai salah satu cara terbaik bagi membersihkannya daripada segala kekotoran.

Wah, rupanya banyak betul kegunaan pantyliner ni. Bukan hanya untuk masalah keputihan wanita, malah ternyata ada lagi manfaatnya yang mungkin tak pernah korang sangka.

Walau bagaimanapun, pastikan hanya pantyliner yang belum digunakan lagi saja tau. Kalau dah guna tu bukan bagi manfaat lagi, tapi bagi penyakit. Hiks!