Penggunaan kad Touch n’ Go boleh dikatakan agak penting kerana kebanyakan pembayaran kini tidak dilakukan lagi secara tunai. Namun, sedikit leceh kerana ia mungkin sahaja hilang atau rosak walhal wang di dalam kad itu masih mempunyai baki yang banyak.
Korang sebenarnya boleh refund semula duit dalam kad itu sekiranya ia hilang atau rosak. Bagaimana caranya? Jom kita baca perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @anisssurayaaa ini.
1. Masuk laman web Touch n’ Go
2. Pilih ‘Customer Services & klik ‘eRefund’
Bagi yang belum mendaftar kad Touch n’ Go secara online, korang perlu daftar terlebih dahulu di MyTouchnGo Portal. Kemudian, korang boleh lihat transaction, semak e-penyata, kemas kini maklumat dan dapat semula duit baki.
Terdapat beberapa syarat untuk melakukan eRefund ini dan antaranya adalah seperti berikut:
Ads
A. Pemegang akaun Malaysia
– Pastikan nama pemilik akaun bank dan ID sama dengan pemilik kad Touch n’ Go
– Tidak boleh membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga
B. Pemegang akaun asing
– Pembayaran akan dibuat menerusi Pindahan Telegraf (TT)
Ads
– Pastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun, nama bank, alamat bank dan swift code sama dengan pemilik kad
– Hanya refund sekiranya melebihi RM100
C. Touch n Go eWallet
– Pastikan nombor kad pengenalan yang didaftar di MyTouchnGo portal sama dengan akaun eWallet
– Hanya refund untuk akaun eWallet yang telah disahkan sahaja
Ads
Untuk makluman korang, proses eRefund ini mengambil masa dalam 30 hari dari tarikh permohonan. Bagi kad yang dicuri atau hilang, jumlah refund adalah mengikut total yang direkodkan pada tarikh korang mohon eRefund.
Jadi, bagi yang belum mendaftar secara online, korang perlu cepat-cepat daftar kerana sekiranya tidak mendaftar dan kad korang hilang, memang tidak boleh refund disebabkan tiada data rekod transaction kad itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua tahu, beliau merupakan seorang pemain bola sepak Muslim paling dikenali di dunia masa kini.
Fenomena Mohamed Salah atau mesra dikenali sebagai Mo Salah bukan sahaja dirasai dalam kalangan peminat setia kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC dan negara asalnya, Mesir tatapi oleh pengikut sukan bola sepak di seluruh dunia.
Pada bulan Ramadan tahun ini, tiada apa yang berbeza dalam rutin harian Mo yang kekal meneruskan ibadah Ramadan biarpun perlawanan bola sepak di sana berlangsung pada setiap minggu.
Kapten pasukan kebangsaan Mesir ini merupakan seorang yang sangat patuh pada agama. Malah setiap kali melakukan jaringan dia pasti akan tunduk dan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah.
Bercakap mengenai ibadah puasa, Mo tidak cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang pemain Muslim yang melalui bulan penuh barakah ini. Dia akan berkongsi tentang jadual latihannya yang penuh.
Sebagai contoh pada tahun lalu, Salah menunjukkan rutin ‘workout’-nya pada jam 3 pagi di Instagram. Tahun ini tidak jauh berbeza apabila Salah kongsikan foto pada awal Ramadan lalu berserta kapsyen berbunyi, “Saya ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua!”
Penulis juga masih ingat bagaimana Salah tetap menunaikan ibadah puasanya pada hari perlawanan akhir UCL apabila Liverpool FC menentang kelab Real Madrid pada tahun 2018. Ini kerana Salah mempunyai prinsip untuk tidak menjadikan kariernya sebagai alasan untuk tunduk kepada Yang Maha Esa.
Tentunya, Salah selalu mendapat dorongan daripada seorang lagi pemain sensasi Liverpool dari Senegal, Sadio Mane yang juga akan meneruskan ibadah puasa.
Sadio Mane dan Mo Salah
Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Mo Salah dan Sadio Mane menyeimbangkan kerjaya mereka dan ibadah puasa amatlah mengagumkan. Walaupun ada pendapat yang mengata mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa (kerana perjalanan jauh sebagai musafir ketika ke lokasi lain untuk hari perlawanan) namun mereka tetap menunaikan puasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Individu yang menghidap penyakit gastrik antara yang terkesan di bulan puasa ini kerana dengan menahan lapar, mereka mungkin terkena serangan gastrik.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu korang menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Hiks! Apa yang penting, korang cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Siapa lagi yang mahu menjunjung dan mempertahankan budaya kalau bukan golongan remaja sendiri. Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama sangat kaya dengan budaya.
Sehubungan itu, para pelajar Sekolah Komunikasi & Seni Kreatif, University of Wollongong (UOW), Glenmarie menganjurkan pameran dan persembahan istimewa Main Teri dalam mendalami tradisi dan budaya itu.
Menurut koordinator program yang juga penysarah, Lawrence Robert Abus, ketika ditemui Majalah REMAJA, beliau berkongsi bahawa program yang berlangsung sehari itu akan terbahagi kepada tiga segmen.
Segmen pertama menampilkan pameran mengenai Main Teri yang akan dilakukan dari perspektif penyelidikan etnografi oleh para pelajar subjek Pengenalan Kepada Sosiologi.
Manakala dalam segmen kedua pula, satu sesi bual bicara dan perkongsian tentang Main Teri oleh pelajar subjek Pengenalan Kepada Media Baharu. Dalam sesi ini, para peserta akan berpeluang untuk memahami mengenai Main Teri dengan lebih lanjut.
Akhir sekali, acara akan disudahi dengan persembahan Main Teri oleh pakar dalam seni tersebut, Pak Mat Gual Jedok atau nama sebenarnya Che Mohd Zailani Che Moh. Beliau terkenal sebagai Tok Teri yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Apa itu main teri?
Menurut laporan Berita Harian, Main Teri adalah rawatan penyakit dan bukan persembahan nyanyian tanpa tujuan. Terkenal di neger-negeri Pantai Timur, ritual ini sama seperti amalan perbomohan. Apa yang berbeza, ia hanya mengubat masalah kesihatan yang tidak mampu dilihat secara mata kasar.
Pameran Main Teri berlangsung pada 7 Mac 2024 di UOW dan persembahan khas oleh Pak Mat akan bermula jam 9 malam ke 11 malam. Majalah REMAJA memainkan peranan menyokong dan menjadi media rasmi penganjuran program ini.
KREDIT FOTO UTAMA: Poster (UOW), Gambar Pak Mat (FB Persatuan Pak Mat Jedok)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming akhirnya umum pembukaan restoran Rembayung, projek RM4 juta yang dibina dari tapak kosong di Kampung Baru. Pelaburan terbesar dalam kerjayanya ini mencetuskan keterujaan besar dalam dunia F&B.