Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan program Jaringan Prihatin bagi memastikan ramai masyarakat Malaysia dapat menerima akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara.
Melalui program ini, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco.
Terbaharu, skim ini telah ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.
Berikut merupakan jenis bantuan yang disalurkan menerusi program Jaringan Prihatin:
• Kategori 1: Isi rumah yang mempunyai anak dibawah umur 18 tahun dapat RM300 untuk pakej peranti dan RM180 untuk pelan data bulanan 12 bulan
• Kategori 2: B40 yang tiada anak bawah umur 18 tahun ditawarkan RM180 untuk pakej peranti dan RM180 bagi data bulanan
Maklumat lanjut mengenai pelbagai pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Program Jaringan Prihatin boleh didapati di pautan berikut:
Setelah ramai memiliki Samsung Galaxy Fold yang merupakan antara trend ciptaan terbaru telefon pintar pertama seakannya, Samsung dilihat cuba untuk menggabungkan teknologi dan nostalgia dalam model kedua dalam siri ‘foldable’
Model terbaru ini dinamakan Galaxy Z Flip. And just like what the name suggests, it flips! Seperti telefon bimbit yang selalu digunakan oleh generasi Y pada zaman sekolah dahulu.
Ia merupakan antara ciptaan pertama yang diperbuat daripada foldable glass dan mempunyai beberapa fungsi yang belum pernah diperkenalkan.
Semasa ia dilipat, Galaxy Z Flip berbentuk kompak dalam tapak tangan dan stylish. Apabila dibuka, ia adalah telefon pintar bersaiz penuh dengan skrin Infinity Flex Display berukuran 6.7 inci.
Sama seperti Galaxy Fold, Galaxy Z Flip juga mempunyai 2 skrin untuk kegunaan berbeza pada waktu yang sama.
Penulia juga menyukai fungsi Google Duo video call yang boleh dilakukan semudah membengkokkan telefon pada kedudukan 90 darjah. Tak perlu lagi untuk korang ‘menyendal’ telefon dengan buku tebal! Hehe.. Pengalaman video call juga menjadi lebih jelas dengan kamera hadapan 10MP.
Ya, Galaxy Z Flip dijual pada harga lingkungan premium iaitu RM5,888 untuk storan 256GB. Namun, itu sudah dapat dijangkakan untuk gajet berteknologi baru.
Bagi yang ingin mengembalikan kenangan telefon bimbit jenis flip, korang sudah boleh dapatkan telefon pintar ini menerusi tempahan awal sehingga esok (22 Mac) di LINK ini.
Sebelum itu, tonton video penuh Galaxy Z Flip di SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama telefon bimbit Nokia pernah menjadi antara pilihan favorite pengguna di Malaysia kerana ketahanan dan model yang hadir dengan pelbagai rekaan menarik. Namun, hari demi hari jenama antarabangsa ini seperti sudah hilang taringnya kerana tidak dapat mengekalkan ‘takhta’ sebagai pilihan jenama telefon bimbit yang diguna oleh masyarakat ramai.
Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi wujud dan kini telah melancarkan enam model telefon bimbit, disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah. Khabarnya, HMD Global turut mengekori trend Apple dan Samsung dengan tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.
Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700) dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Model paling C untuk harga paling rendah, model G untuk pertengahan dan X bagi model paling premium.
Antara fokus pemasaran model G10 dan G20 adalah bateri yang tahan selama tiga hari dan model premium X20 pula hadir dengan kamera Zeiss.
Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.
Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.
“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa beliau kini mengambil tindakan undang-undang susulan insiden kebocoran data peribadi yang tular baru-baru ini.Menerusi satu hantaran...