Cara Buat Kipas Angin Korang Sejuk Macam Air Cond

395

Sekarang ni waktu tidur rasa macam panas dan bahang sangat. Gunalah dua kipas angin sekali pun, korang akan tetap tak selesa dan badan mula berpeluh.

Melainkan rumah korang memang ada penghawa dingin, itu lain cerita. Hiks!

Macam mana pula bagi individu yang tidak mempunyai air cond di rumah? Takkan la hari-hari nak tidur dengan peluh kan. Tak tenteram waktu tidur korang nanti. Hehe..

Okay cara paling mudah dan jimat kos, korang boleh try dengan cara mendapatkan angin sejuk seperti ala-ala guna air cond hanya menggunakan kipas angin saja.

Tutorial ini dikongsi sekitar tiga tahun lalu dan nampaknya masih relevan untuk korang cuba. Tapi, hasilnya tidaklah sejuk sangat seperti penghawa dingin, cuma bolehlah kalau nak sejukkan di sekitar bilik tidur yang kecil.

Jom ikuti tutorial YouTube yang dikongsi oleh Tuah Raja ini. Harapnya boleh memberi manfaat untuk korang dan setidaknya tak ada la korang rasa panas sangat nanti.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

– Kipas angin
– Ais
– Botol
– Cutter
– Tali raffia
– Dawai
– Gunting

Cara-caranya:

1. Potong bahagian bawah botol. Jangan sampai habis, cukup sekadar dapat buat lubang pada botol tersebut

2. Buat lubang pada botol, guna paku yang panas pun boleh

3. Ikat tali raffia pada lubang yang telah ditebuk

4. Kemudian, ikatkan juga tali raffia pada bahagian bawah botol

5. Seterusnya, ikat botol pada belakang kipas angin

6. Letak botol pada kedua-dua bahagian belakang kipas

7. Kemudian, masukkan ais

8. Akhir sekali, switch on kipas korang tu dan rasalah kesejukannya

CER KOMEN SIKIT