Isu vaksin bagi menangani wabak COVID-19 nampaknya masih lagi hangat diperkatakan dan khabarnya, negara-negara yang menjalankan ujian ke atas manusia untuk vaksin percubaan COVID-19 tahap ketiga hampir selesai dibangunkan di China.

Brazil, Indonesia dan Turki katanya akan mendapat akses kepada vaksin itu, sama seperti China. Fasa ketiga ujian klinikal di Brazil telah dimulakan pada 21 Julai, Indonesia pada 1 Ogos dan Turki 16 September.

Brazil, Indonesia & Turki Negara Terawal Bakal Terima Vaksin COVID-19

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SinoVac, Yin Weidong menjelaskan pihak mereka telah mendapat persetujuan untuk ujian klinikal di Bangladesh dan lot pertama akan diedarkan berdasarkan keutamaan di China, dan serentak di negara-negara yang melakukan ujian klinikal, iaitu Brazil, Indonesia dan Turki.

Syarikat itu juga sudah membangunkan kilang pembuatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin yang dinamakan CoronaVac, kepada sekitar tiga juta dos setahun.
Namun begitu, Weidong menolak permintaan Sputnik untuk menyebut anggaran kos vaksin prospektif itu dengan menyatakan harganya akan bergantung kepada pelbagai faktor.
SinoVac menjangkakan vaksin itu akan memasuki pasaran pada akhir tahun ini.

IKLAN

Brazil, Indonesia & Turki Negara Terawal Bakal Terima Vaksin COVID-19

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memastikan vaksin COVID-19 boleh diakses setiap negara tanpa diskriminasi apabila ia dapat dihasilkan kelak.

IKLAN

Semoga ada khabar gembira yang akan diterima oleh negara kita tidak lama lagi. Sementara itu, teruskan menjaga penjarakan fizikal dan jangan lupa untuk memakai pelitup muka serta mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI