Ramai tidak sedar, ada ketikanya kita sering bercakap mengenai keburukan orang lain. Ada saja tidak kena di mata kita tentang sikap orang lain. Adakalanya kita berniat untuk menegur tapi cara teguran itu tidak sesuai.
Namun penilaian seorang pakar ini pasti membuatkan korang terkedu. Ini kerana orang yang selalu melihat kebaikan orang lain, maka kebaikan akan datang pada dirinya semula. Tapi jika kita asyik melihat keburukan orang lain, maka keburukan itu akan datang pada diri kita sendiri.
Kalau korang tak nak dinilai buruk oleh orang lain, maka jangan berbicara buruk tentang orang lain. Ini kerana kajian terkini mendapati apa jua penilaian kita terhadap orang, itulah juga penilaian orang terhadap kita tanpa kita menyedarinya langsung.
Menurut Dr Dustin Wood dari Wake Forest University dalam satu kenyataannya kepada WebMD bahawa persepsi kita terhadap orang lain akan menceritakan siapa diri kita sebenarnya.
Ads
Sebagai contoh, jika kita memandang positif terhadap orang lain, maka orang lain akan menunjukkan sikap positif kepada diri kita.
Dalam satu kajian kes melibatkan Journal Of Personality And Social Psychology apa juga perkataan yang lahir dari mulut kita sebagai contoh agak negetif, sarkastik, anti sosial dan lain-lain lagi, begitu jugalah penilaian orang pada kita tanpa kita sedar.
Kajian yang dibuat melibatkan mahasiswa luar negara yang diminta menilai penampilan rakan sekuliah mereka amat mengejutkan. Para peneliti menemui bahawa seseorang yang memiliki kecenderungan untuk menilai orang lain dengan kata-kata positif mendapati dirinya dinilai positif oleh orang lain.
Ads
Tapi bagi mahasiswa yang dinilai negetif dari segi karektornya juga dinilai negetif oleh orang lain. Kajian yang dijalankan itu ternyata mempunyai hubung kait yang kuat sekalipun kajian melibatkan antara mereka tidak saling mengenali.
Pelajar yang menulis aura positif dan kata-kata kebaikan, stabil emosinya dan lain-lain dilihat sebagai orang yang baik. Manakala individu yang menilai persepsi buruk ternyata juga dinilai agak buruk.
“Sikap buruk itu dinilai secara tidak langsung oleh orang lain,” jelas Wood.
Ads
Tenyata,apa jua perbuatan dan percakapan kita amat penting kerana lebih banyak kita memperlihatkan sikap negetif, begitulah persepsi orang mengenai kita.
Jadi, bercakaplah yang baik-baik saja terhadap orang lain kerana insya Allah, kita akan dinilai positif oleh orang lain.
Kalau tidak, diam itu lebih baik sebagaimana diajar oleh agama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini Jepun telah pun menyatakan bahawa negara itu sudah menyekat kemudahan visa terhadap 111 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, termasuklah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.
Namun, baru-baru ini kerajaan Jepun dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara-negara tersebut, ditambah pula mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun.
Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan.
Haih, maaf guys nama Malaysia tidak termasuk dalam senarai kemasukan pelawat ke Jepun. Hiks!
Namun begitu, larangan masuk ke Jepun terhadap 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat adalah berkuatkuasa sehingga akhir Jun ini.
Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini, selepas kerajaan meneliti dan membuat perjanjian dengan keempat-empat negara itu.
Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya.
Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.
Mungkin disebabkan hal ini membuatkan negara matahari terbit itu mengambil keputusan untuk melonggarkan larangan masuk bagi empat negara terbabit.
Rasanya kalau nak travel dalam waktu terdekat ni pun macam tak berapa yakin lagi, jadi korang sabarlah dulu okay? Hiks!
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bakal memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada hujung Oktober ini.
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini. Sekiranya telah menerima bayaran terakhir BON 2020 sebelum ini, korang taidak perlu membuat permohonan bagi BPN 2.0 ini.
Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BP iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
Bagi permohonan baru pula, ia bermula pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Kemaskini perlu dibuat untuk yang sudah bertukar status seperti bujang/berkahwin/bercerai.
Pembayaran BPN 2.0 kali ini akan dibuat dalam dua fasa berikut; iaitu fasa pertama pada penghujung Oktober 2020 dan fasa kedua pada Januari 2021.
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti dalam gambar dibawah:
Bagi korang yang pernah menerima bantuan BPN 1.0 sebelum ini, korang tidak perlu membuat sebarang permohonan baru untuk BPN 2.0 kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun yang telah didaftarkan.
Tapi, kalau nak juga semak sama ada korang dapat atau tidak, boleh buat semakan pada 15 Oktober nanti ya.
Hangat di media sosial baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak Jepun menerusi satu temu bual mendedahkan bahawa dia mahu mencuba Karipap iaitu kuih kegemaran MechaBots dalam filem Mechamato.
Bukan sahaja warga tempatan, malah rakyat negara Asia, Jepun juga terkesima dengan karya seni animasi terbaharu oleh produksi Animonsta Studios, Mechamato.
Animasi itu turut menjadi pilihan ibu bapa di Jepun kerana tiada sebarang unsur negatif terhadap kanak-kanak yang dipaparkan sepanjang filem tersebut.
Menerusi hantaran di laman TikTok (@boboiboy), beberapa orang rakyat Jepun termasuklah golongan dewasa dan kanak-kanak jelas memberikan maklum balas positif terhadap filem animasi Mechamato yang ditayangkan di negara itu.
Menurut seorang wanita, babak permulaan filem yang menyaksikan adegan pertemuan robot MechaBot dan Amato membuatkannya berasa sebak sehingga menitiskan air mata.
“Saya mengalirkan air mata, ia agak memalukan. Saya mahu menonton Mechamato sebanyak dua ke tiga kali selepas ini. Ia adalah filem yang sangat menyeronokkan,” ujarnya dalam satu temu bual.
Filem Mechamato versi Jepun mula ditayangkan seminggu selepas kemunculan pertama di teater Jepun iaitu pada 19 Januari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan hasil karya seni filem animasi tempatan yang berjaya menambat hati warga Jepun.
“Lihat keterujaan kanak-kanak dari negara luar tentang filem animasi Malaysia merupakan detik yang harus dibanggakan,” kata seorang warganet.
Bukan itu sahaja, beberapa individu dilihat mengucapkan tahniah kepada Animonsta Studios atas kejayaan mereka menghasilkan karya yang disenangi ramai.
“Bukan mudah untuk jadikan kartun lokal kita sebagai sebahagian animasi kegemaran zaman kanak-kanak orang negara ‘anime’ ini. Tahniah Monsta,” ujar seorang netizen.
Siri Mechamato yang ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan Jepun, Tokyo MX, merupakan animasi Malaysia pertama menembusi pasaran negara tersebut.
Mechamato Movie telah ditayangkan di Malaysia buat pertama kali pada tahun 2022 dan telah berjaya mendapatkan kutipan kasar sebanyak RM36 juta.
Memetik Malay Mail, filem Mechamato versi Jepun pula ditayangkan seminggu selepas kemunculan pertama di teater Jepun iaitu pada 19 Januari. Sehingga kini, filem berkenaan ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu melalui kerjasama antara studio animasi tempatan Monsta, Astro Shaw dan AEON Entertainment Japan.
Lebih membanggakan lagi apabila siri Mechamato menjadi animasi pertama luar Jepun yang memenangi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming akhirnya umum pembukaan restoran Rembayung, projek RM4 juta yang dibina dari tapak kosong di Kampung Baru. Pelaburan terbesar dalam kerjayanya ini mencetuskan keterujaan besar dalam dunia F&B.