Bila Kena Patuk Ular Jangan Tiru Aksi Filem Hindustan Terus Hisap Bisa, Lakukan 6 Langkah Selamat Ini

941

Bila dipatuk ular, apa perkara pertama yang bermain di fikiran anda? Sedut bisa? Ikat bahagian anggota tubuh yang dipatuk? Atau terus panik lalu jatuh pengsan?

Ha, jangan gelak dengan soalan-soalan yang kami tanyakan ini sebab percaya atau tidak, kalau dah digigit ular mesti ramai yang mula takut dan terus cemas.

Waktu inilah kepala ligat berfikir tentang petua orang-orang dulu. Kena buat itu, kena buat ini. Persoalannya, adakah segala petua yang dikongsi itu adalah benar atau hanya mitos semata?

Nah, kalau nak tahu cara sebenar bagaimana mengendalikan patukkan ular sebelum mendapat rawatan hospital, baca pengalaman dan panduan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ketika berhadapan dengan situasi ini.

Bila Kena Patuk Ular
Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.

 

Tengah khusyuk solat Maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

 

Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukkannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf (neurotoxin) dan juga sangat la berbisa kepada jantung (cardiotoxin).

 

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

 

Jangan sedut.

Jangan ikat.

Jangan toreh.

Jangan picit luka.

 

Gambar hiasan

Yang kena buat adalah :

1. Bertenang dan jangan panik

2. Jauhi ular tu

3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala (tiga segi ke bulat) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk (kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)

4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah.

5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la macam mana pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.

6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.

 

p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus buka je info yang saya dah bagi ni.

 

 

Ingat, kalau kena patuk ular jangan panik melulu. Lakukan saja cara yang telah dikongsi ini dan segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Dr Taufik Razif