Seorang lagi anak kelahiran Malaysia membanggakan nama negara apabila berjaya dipilih untuk menyertai salah satu kelab bola sepak gergasi Jerman, FC Bayern Munich. Celine Chuang merupakan pemain sayap skuad B-15 wanita kebangsaan telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak wanita negara beraksi di liga itu.
Menurut Football Association of Malaysia, gadis berusia 15 tahun itu beraksi untuk skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich sejak Julai lalu dan tidak menjadikan jantinanya sebagai batu penghalang untuk beraksi di atas padang. Ia sekali gus membuktikan bahawa wanita juga mampu bersaing dalam sukan yang didominasi kaum lelaki ini.
Gadis ini mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sejak empat tahun yang lalu selepas menyaksikan adik-beradiknya bermain bola sepak.
“Ibu saya minat dengan sukan dan beliau ingin saya melakukan sesuatu dengan masa terluang. Adik-beradik saya pernah bermain bola sepak juga dan ibu saya menjumpai kelab Bintang Biru,”
IKLAN
“Beliau membawa saya untuk berlatih di situ setiap hujung minggu. Saya mula meminati sukan itu,” katanya menerusi temu bual eksklusif bersama Astro Awani.
Celine juga menjelaskan bahawa dia telah berpindah ke Thailand untuk mengasah kemahiran dan kecergasan kerana ingin menjadi pemain professional. Di sana, dia terpaksa berlatih tujuh hari supaya tidak ketinggalan. Anak muda ini juga mengakui yang dirinya masih belum sempurna, namun lebih baik jika mahu dibandingkan dengan kemahirannya empat tahun lalu.
IKLAN
Berbeza dengan sesi latihan di Malaysia, Celine mendedahkan bahawa intensiti latihannya di Jerman agak berbeza dan dia masih dalam fasa menyesuaikan diri berlatih dalam cuaca sejuk dan langit yang bertukar malam dengan lebih cepat.
IKLAN
Walaupun latihan di Jerman amat kompetitif, namun Celine merasakan ia adalah satu pengalaman yang seronok kerana dapat berkawan dengan lebih ramai orang, khususnya pemain-pemain di kelab tersebut.
Syabas kami ucapkan kepada Celine Chuang dan semoga dengan kejayaan pemain-pemain muda ini dapat menyuntik lagi semangat para remaja di Malaysia untuk terus kekal aktif dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.
Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam Islam dan para pelajar adalah fisabilillah menuntut agama ini yang membawa maksud golongan yang berjuang di jalan Allah. Selain agama Islam, pasti semua agama juga menuntu penganutnya untuk memperolehi pengetahuan yang luas.
Namun, pendidikan formal di institusi pengajian tinggi memerlukan sokongan kewangan yang teguh kerana menelan perbelanjaan yang tinggi dari segi yuran, elauan sara hidup dan lain-lain lagi. Tapi korang sedar tak, sebanarnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan segulung diploma, ijazah mahupun serjana dan PHD secara percuma dengan cara mendapatkan biasiswa.
Terbaru, Kerajaan Hungary menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di negara tersebut melalui program Biasiswa Stipendium Hungaricum.
Biasiswa penuh ini merangkumi pengajian peringkat siswa, siswazah dan lepasan ijazah itu, akan dibiayai dari segi yuran pebelajaran, elaun bulanan, penginapan serta insurans perubatan.
Duta Hungary ke Malaysia Dr Petra Ponevacs-Pana berkata biasiswa itu, yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua kerajaan, adalah antara hasil positif hubungan dua hala selama 50 tahun antara Hungary dan Malaysia. Setakat ini, lebih 60 negara menjadi rakan program ini melalui kerjasama pendidikan dua hala.
Bestnya dapat belajar dinegara orang secara percuma.
Ketika ini selain isu panas mengenai pandemik Covid-19, antara yang menjadi ‘buah mulut’ dan perhatian dunia adalah penganjuran sukan Olimpik Tokyo yang sedang berlangsung di Jepun.
Olimpik Tokyo yang ditangguhkan sebelum ini akhirnya membuka tirainya. Disebabkan kehangatan sukan Olimpik ini mari penulis highlight kan 6 buah filem punya semangat Olimpik yang membuatkan bulu roma anda meremang.
Siapa sangka sukan bukan hanya melibatkan aktiviti atau gerakan badan ia juga merangkumi dari aspek emosi, kekeluargaan dan yang paling penting sikap tidak putus asa walauapa pun terjadi!
1. Race
Drama ini dikatakan berdasarkan peristiwa sebenar setelah Owens memenangi empat pingat emas, yang membuat Hitler marah.
Mungkin anda tidak pernah nama Jesse Owens, tapi tahukah anda dia antara lelaki terpantas didunia tanpa ada seorang pun yang mampu memecah rekod masa dia selama 25 tahun. Walaupun berhadapan dengan isu perkauman dan politik kuasa Nazi pada ketika itu, Jesse tidak pernah mengalah sehingga menjuarai aktiviti olahraga pada Temasya Olimpik tahun 1936 di Berlin, Jerman.
2. Foxcatcher
Foxcatcher berdasarkan kisah benar ahli gusti pingat emas Olimpik, Mark dan David Schultz. Kedua-duanya dilakonkan oleh Channing Tatum dan Mark Ruffalo.
Terdapat hubungan beracun antara mereka berdua dengan John du Pont, yang dimainkan oleh Steve Carell. Tokoh du Pont inilah yang membantu mereka berdua untuk melatih pasukan Olimpik masa depan. Pengarah filem itu adalah Bennett Miller, yang karyanya dianugerahkan Anugerah Pengarah Terbaik di Cannes.
3. Dangal
Filem ini berdasarkan kisah seorang ahli gusti profesional dari India, Mahavir Singh Phogat. Filem yang penuh dengan pengajaran, isu keluarga dan semangat juang yang tinggi ini mengisahkan kisah Mahavir Singh Phogat (Aamir Khan) seorang bekas ahli gusti yang pernah memenangi pingat perak.
Beliau telah berjanji dan nekad untuk dapatkan pingat emas dengan melatih gusti kepada anak lelaki. Namun, ianya tidak menjadi kenyataan apabila mereka dikurniakan empat orang anak perempuan. Mahavir tidak berputus asa apabila dia menyedari anak perempuannya turut mempunyai bakat dalam bergusti dan terus membuat keputusan untuk melatih anaknya, Geeta dan Babita.
Pada awal pembabitan Geeta dan Babita mendapat bantahan dan tohmahan daripada masyarakat tetapi Mahavir membuktikan bahawa pendapat mereka adalah tidak benar. Atas usaha Mahavir yang gigih, Geeta dan Babita telah berjaya mewakili India dalam arena gusti ke peringkat antarabangsa dan Geeta menjadi wanita India yang pertama memenangi pingat emas, manakala kakaknya meraih medal perak di kejuaraan tinju Komanwel. Kisah kejayaan mereka telah dicatat pada acara Komanwel tahun 2010.
4. To the Fore
Filem To the Fore antara filem yang wajib ditonton lagi-lagi buat pengemar sukan berbasikal. Mengisahkan tiga penunggang basikal lumba, Jiwon (Choi Siwon), Ming (Eddie Peng) dan Tian (Shawan Dou) dalam pasukan lumba basikal Radiant.
Cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi mereka dalam mengejar kemenangan sehingga berlakunya satu konfik yang akhirnya menyatukan mereka bertiga kembali sebagai satu pasukan. Filem ini mempunyai implikasi yang kuat untuk membuat penonton jatuh cinta dengan berbasikal dan membuat penggemar basikal kembali bersemangat. Menyeronokkan, mendebarkan, penuh strategi, dan bergaya menjadikan filem ini sangat menarik. Walaupun dikuasai oleh drama kehidupan penunggang basikal di bawah tekanan persaingan yang melampau, To The Fore turut mempunyai unsur komedi serta kisah romantis yang mencetuskan cinta segi tiga antara Ming dan Tian.
5. I, Tonya
I, Tonya merupakan sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2017 yang diarahkan oleh Craig Gillespie dan ditulis oleh Steven Rogers. Ia mengisahkan kehidupan peluncur ais berbunga Tonya Harding dan persaingannya terhadap Nancy Kerrigan pada Sukan Olimpik tahun 1994.
6. Ola Bola
Boleh dikatakan ini filem yang membanggakan rakyat Malaysia. Filem yang diinspirasi dari kejayaan skuad bola sepak negara pada Temasya Olimpik 1980. Berbeza kaum, warna kulit dan budaya tidak membataskan segalanya. Ola Bola berjaya mengetengahkan semangat kesukanan yang semakin dilupai oleh rakyat Malaysia.
Semua filem ini adalah pilihan peribadi penulis, jika anda punya filem yang lain kongsikan dengan kami. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Homegrown Award di Majlis Nona Superwoman 2020, Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali memacu jenama Simplysiti ke hadapan menerusi satu perjanjian persefahaman bersama Universiti Teknologi Mara.
Menerusi perjanjian persefahaman tersebut, SimpliSiti bersama universiti terbesar di Malaysia itu bersetuju memberi pendedahan kepada para pelajar tentang selok belok dunia perniagaan menerusi operasi secara dalam talian ataupun penggunaan kiosk.
Dalam laporan Bernama, Siti Nuhaliza berkata, “Bagi pelajar UiTM yang berminat, kita akan berikan Latihan dan khidmat nasihat secara dalam talian serta bahan-bahan untuk mempromosikan barangan SimplySiti. Apa yang pelajar perlu ingat untuk menjadi usahawan berjaya, perkara paling penting adalah kesungguhan dan sikap mahu berusaha.”
Menyasarkan 600 pelajar yanag akan menjadi ejen pesan hantar menerusi projek rintis ini. Siti Nuhaliza memilih tiga kampus di pantai timur (UiTM Machang, UiTM Dungun & UiTM Jengka) dahulu dalam usaha membangunkan sikap keusahawanan ini kerana mereka memiliki minat berniaga yang tinggi. Bermula dengan tiga kampus ini, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan konsep ini akan dibuka ke seluruh negara.
Selain SimplySiti dua lagi syarikat lain yang turut serta dalam jalinan ini adalah Shopee Mobile Malaysia dan Xin Global. Menurut Ahli Lembaga pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin MoU ini meruapakn kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi dunia keusahawanan memandangkan situasi semasa pandemik Covid-19 dilihat menyukarkan graduan mendapatkan pekerjaan.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...