Benjolan Di Tubuh, Makin Membesar & Tidak Sakit Bila Ditekan, Ini Fakta Penyakit Kena Tahu

3215

Kadang, tanpa sedar ada beberapa benjolan tumbuh di badan. Mulanya kecil tetapi makin lama makin membesar. Ada ketika di bawah siku, pergelangan tangan dan beberapa bahagian lain. Bila ditekan-tekan, ianya tidak sakit langsung dan kita sering menganggapnya sebagai tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tetapi awas ya, kalau benjolan itu semakin besar, sila jumpa doktor walaupun ianya tidak sakit langsung kerana benjolan yang tidak sakit ini dipanggil sebagai Bursitis. Baca perkongsian dikongsikan oleh Dr Mahyuddin yang berkongsi maklumat penting ini.

Benjolan di bawah siku yang semakin membesar ini dipanggil bursitis
Benjolan sebesar ini berjaya dikeluarkan dari siku pesakit
Apabila benjolan ini dipotong dua, beginilah keadaan isi di dalamnya

Baru-baru ni saya telah melakukan pembedahan bagi membuang benjolan pada belakang sendi siku seorang pesakit.

Pesakit telah mengadu mengenai benjolan ini yang menjadi semakin membesar sejak beberapa tahun kebelakangan. Jika anda mempunyai benjolan sebegini, beberapa diagnosis yang mungkin termasuk:

  1. Lipoma (ketumbuhan sel lemak)
    2. Sebaceous cyst (kelenjar peluh tersumbat)
    3. Bursitis (bengkak selaput bursa)
    4. Ganglion (benjolan biasanya pada sendi pergelangan tangan)
    5. Ketumbuhan kanser

Bagi pesakit Ini diagnosis yang paling mungkin ialah Bursitis berdasarkan simptom, lokasi & sifat benjolan tersebut. Antaranya, pembesaran yang perlahan, berada di siku, sisi yang sekata, mobile (tidak melekat pada struktur di bawahnya), tidak sakit apabila ditekan (palpation) & pesakit tiada kehilangan berat badan.

Bursa ialah lapisan karung (sac) nipis mengandungi cecair synovial yang menjadi “padding” antara lapisan kulit, otot, urat tendon dan tulang. Ia terdapat di belakang siku, sekitar sendi lutut dan bahu.

Jika radang terjadi ia disebut sebagai Bursitis. Geseran berterusan pada bursae boleh menyebabkan ia membesar dan menjadi benjolan seperti kes ini.

Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh berjumpa Pakar Ortopedik berhampiran. Ia tidak akan hilang dengan ubat atau urutan. Jika ada yang sembuh dengan mengurut Sila bagitau saya.

Pembedahan boleh dilakukan jika ia:

* Menyukarkan aktiviti anda
* Menimbulkan kesakitan
* Menekan saraf & menyebabkan kebas atau lemah sendi
* Atas sebab kosmetik

Jika anda ada benjolan di mana-mana, harap dapat berjumpa Doktor kerana kita kena pastikan Ia bukannya ketumbuhan kanser. Kanser ada pelbagai jenis dan perlukan pemeriksaan rapi dengan segera.

Antara sifat Benjolan kanser adalah seperti berikut:

* Membesar dengan cepat
* Mempunyai sisi yang tidak sekata (irregular edges)
* Pesakit hilang berat badan secara mendadak

Selepas dibuang, benjolan ini kami hantar ke makmal Histopathology bagi pemeriksaan Histopathology Examination (HPE) dan diagnosis sebenar. Pesakit akan dimaklumkan mengenai semasa temujanji di klinik nanti.

Anda boleh baca penulisan saya mengenai Lipoma & Ganglion di website mmgazette.com atau di Page FB saya Tinta Mahyuddin.

Nota
*****
1. Gambar & video ini saya kongsikan dengan kebenaran daripada pesakit.

  1. Post ini adalah post peribadi bagi berkongsi ilmu & pengalaman saya dengan masyarakat & tiada kaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

#drmahyuddin
#bursitis
#Ortopedik

CER KOMEN SIKIT