Amalkan Jus Ini Kalau Nak Hilangkan Masalah Berdengkur

2164

Masalah berdengkur ketika tidur bukan lagi satu isu baru bagi kebanyakan daripada kita. Namun, anda harus tahu bahawa tabiat ini sangat mengganggu pasangan atau teman yang tidur bersama.

Bukan saja buat orang sebelah stres, dengkuran ini boleh membuatkan anda sukar untuk tidur nyenyak dan tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana oksigen yang sepatutnya naik ke otak sempat berhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur.

Jadi, untuk menghilangkan tabiat berdengkur ini, apa kata kalau anda ikhtiar dengan menyediakan jus yang dikatakan mampu merawat masalah ini.

IKLAN

Anda boleh cuba resipi berikut:

Bahan-bahan:

  1. ¼ hirisan lemon
  2. 1 ruas halia merah
  3. 2 biji epal
  4. 2 biji lobak merah bersaiz sederhana
  5. 150 ml air putih

 

Cara membuat:

  1. Blender semua bahan utama sehingga menjadi jus.
  2. Minum jus ini sebelum tidur.
  3. Lakukan rutin ini tiga kali seminggu, InsyaAllah tabiat berdengkur tersebut akan berkurangan.

 

Selain itu, antara perkara-perkara lain yang boleh anda cuba untuk mengurangkan dengkuran adalah dengan menurunkan berat badan. Faktor obesiti juga menjadi salah satu sebab kepada masalah ini.

Cuba elakkan hidung daripada tersumbat kerana kesukaran bernafas dengan hidung yang tersumbat juga boleh mendorong anda untuk tidur berdengkur.