Ramai antara kita mengalami masalah mulut berbau. Ada ketika, tanpa kita sedar rakan mula menjauhkan diri kerana mereka tak sampai hati pun nak cakap sedangkan masa yang sama, bau mulut kita membuatkan mereka terasa loya.

Mulut berbau ini ada banyak sebab. Antaranya karang gigi, tabiat kurang menjaga kebersihan mulut, lidah dan gusi, pengambilan makanan, merokok serta banyak sebab lagi.

Kalau malas sangat ke klinik gigi untuk buat pembersihan gigi, lapan petua tradisi ini boleh diamalkan.

Antaranya ialah kunyah cengkih. Cengkih ini selain mewangikan makanan, ia rupanya sangat baik untuk mewangikan mulut. Bunga cengkih ini telah digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria. Justeru, untuk gusi yang sihat, masukkan satu atau dua sudu cengkih dalam satu cawan teh pekat dan minum.

Korang boleh juga kunyah buah pelaga. Buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu. Orang Mesir kuno dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan menemui buah pelaga kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kehari ini.

IKLAN

Antara lain ialah makanlah buah beri. Bersaiz kecil namun mempunyai khasiat yang sangat besar khususnya pada kesihatan menjadikan buah beri antara buah-buahan yang boleh diamalkan pengambilannya terutama untuk memberikan tenaga serta mencegah kanser.

Beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber serat yang dapat membantu sistem penghadaman yang sihat serta vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan kulit sentiasa sihat berseri.

Minum air kosong – Air kosong diketahui mempunyai manfaat yang cukup meluas. Bukan saja baik untuk kesihatan tetapi minum air kosong sangat digalakkan iaitu 8 gelas sehari untuk mencegah bau mulut.

IKLAN

Makan kuaci – Bukan saja mampu mencegah bau mulut tetapi ternyata kuaci juga banyak khasiat lain. Menurut kajian, kuaci biji bunga matahari mampu mencegah dan merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan aterosklerosis serta penyakit kardiovaskular yang lain.

Minum daun pudina – Dauh pudina berbau segar. Bukan itu saja, kelebihan daun pudina ialah ia bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

IKLAN

Makan buah avocado – Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Makan Epal – Epal diketahui antara buah yang mempunyai seribu kebaikan. Memakan epal bererti kita akan membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.

Jadi, apa tunggu lagi. Semuanya sangat mudah untuk menghilangkan bau mulut.