8 Perkara Yang Perempuan Wajib Tahu Jika Kitaran Haid Tidak Teratur

1825

Kitaran haid yang teratur tidak boleh dipandang ringan oleh golongan wanita. Ia boleh dilihat sebagai satu cara untuk menentukan tahap kesuburan dan kesihatan mereka.

Jadi, penting untuk korang tahu sama ada situasi ini ada kena mengena dengan gejala dan penyakit akibat gangguan haid. Menurut Dr. Hamid Arshat, ada di antara gejala-gejala ini yang membahayakan dan mengancam kesihatan seperti kanser rahim, kanser ovari atau rahim. Sebahagian besarnya disebabkan oleh gangguan hormon dan pelbagai ketumbuhan yang bukan penyebab kanser seperti fibroid, endometriosis dan ovarian cysts.

Kanser ovari

Oleh sebab itu, ada lapan perkara yang wajib perempuan tahu apabila berhadapan dengan gangguan kitaran haid. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Pendarahan selepas hubungan kelamin

Ia dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau demikian ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp. Perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.

2. Pendarahan selepas putus haid

Ini satu tanda kanser dalam rahim. Lain-lain punca, kekurangan hormon estrogen, fibroid dan polyp. Periksa peranakan dan buat vaginal scan, pap smear dan juga diagnostic D&C.

3. Pendarahan haid terlalu banyak dan berpanjangan (menorrhagia)

Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan. Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau rahim. Ubat hormon, norethisterone (norculut) boleh membantu.

4. Sakit senggugut

Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan. Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.

5. Haid tidak teratur

Jarak antara haid tiga hingga enam bulan atau lebih. Sering disebabkan oleh PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Ia selalunya berlaku pada perempuan yang mempunyai berat badan berlebihan.

6. Tidak datang atau lewat datang haid

Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan. Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stres atau mahu mencecah umur 40-an. Mungkin juga kerana hampir menopaus.

7. Tidak datang haid lebih 6 bulan

Ia adalah tanda menopaus bagi mereka yang berumur sekitar 50-an atau premature menopaus untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun. Namun, perempuan yang berhenti haid dalam umur 20-an dan awal 30-an mungkin berpunca daripada ovarian failure, iaitu telur dan hormon telah tandus.

8. Tidak datang haid pada gadis umur 20-an

Mungkin disebabkan tiada rahim, pangkal rahim atau faraj. Ini berpunca daripada cacat kogenita, iaitu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.

Perkara ni mungkin nampak mudah tapi perlukan perhatian yang lebih ya sis. Jangan nanti menyesal tak sudah pula. Kata orang, mencegah tu lebih bagus daripada mengubati. So, sebelum semuanya jadi lebih teruk, apa kata korang alert dulu dengan perkembangan kitaran haid setiap bulan.

CER KOMEN SIKIT