8 Masalah Dalam Cinta Yang Lebih Buruk Dari CURANG,#1 Sudah Tiada Rasa Cinta Lagi

208

Dalam menjalin hubungan cinta, tidak setiap hari kita akan berasa bahagia dan gembira. Tetapi ada ketika masanya kita berasa bingung dan sedih. Ia bukan soal kecurangan pasangan tetapi sebenarnya ada banyak masalah lain yang boleh timbul saat menjalin hubungan.

  • Sudah tidak ada rasa cinta lagi

Diawal perhubungan, semua orang akan berasa bahagia dan perasaan sentiasa berbunga-bunga. Namun seiring masa yang berlalu, korang akan dapat menangkap kekurangan masing-masing.

Saat itu, tiada lagi percikan rasa cinta atau ghairah untuk meneruskan perhubungan. Kalau ada sign-sign ini, cepat-cepatlah berbincang ya.

  • Sikap buruk pasangan

Ada ketika kita bengang dengan sikap pasangan. Bukan kerana dia curang tetapi korang merasakan dia sudah tidak ambil berat. Bukan sekali atau dua kali tapi sudah banyak lagi. Jika karektor pasangan ini buat korang rasa jengkel, bincanglah cepat-cepat ya.

Apabila kerap bertengkar sudah pasti tiada lagi rasa cinta di hati pasangan
  • Berterusan bertengkar

Pertengkaran yang berterusan adalah tanda hubungan cinta tidak sihat. Hubungan cinta yang kuat biasanya didasari boleh berkompromi. Tapi kalau dah selalu bertengkar hanya pada isu-isu remeh, sendiri boleh faham ya yang hubungan korang bermasalah.

  • Cemburu

Cemburu adalah perasaan negetif yang membuat korang menyalahkan orang lain untuk melindungi diri sendiri. Ini masalah serius yang banyak dihadapi oleh banyak pasangan. Apa yang perlu korang lakukan adalah mengawal emosi dan jangan terburu-buru.

  • Kurang berkomunikasi

Mengawal emosi sangat penting tetapi untuk mengekspresikannya lebih penting. Tiada yang lebih menyakitkan dalam menjalin hubungan jika korang sudah lama tidak berkomunikasi kerana kunci bahagia ialah kerap berkomunikasi.

  • Suka manipulasi pasangan

Memaksa orang lain mengikut kehendak kita adalah perkara susah kerana jika hal ini ditunjukkan secara terang-terangan, pasti hubungan cinta berantakan. Tanpa sedar ramai pasangan melakukanya dalam diam. Tapi kalau korang tersedar hal ini, lebih baik putuskan hubungan.

Kesepian adalah perkara paling ditakuti oleh banyak pasangan. Ini kerana komunikasi adalah aspek penting dalam sebuah perhubungan
  • Takut kesepian

Inilah ketakutan yang paling dalam. Ramai orang mengatakan masih cinta dan sayang malah berjanji mahu hidup bersama sampai bila-bila  walau pun antara keduanya sudah tidak lagi saling mencintai. Semua kerana berasa takut akan ditinggalkan dalam kesepian.

  • Pembohongan

Pastinya paling sakit hati bila pasangan suka berbohong. Ini kerana cinta yang agung datang dari dasar kepercayaan antara satu sama lain.

 

CER KOMEN SIKIT