7 Jenis Lelaki Yang Paling Disukai Gadis Pemalu

2004

Pendiam, senyum sendirian dan tidak banyak bercakap. Inilah ciri-ciri yang biasa ada pada seorang gadis pemalu atau juga dipanggil sebagai intovert. Mungkin ramai jejaka di luar sana yang berasa sukar untuk mendekati gadis pemalu. Apatah lagi gadis itu pemalu dan ayu!

Tapi bagi kamu yang memiliki ciri-ciri di bawah janganlah risau kerana mungkin kamu mempunyai karakteristik yang disukai oleh seorang gadis pemalu.

Gadis pemalu, adakah ciri-ciri di bawah ini menepati kriteria jejaka idaman kamu? 😛

Jejaka Kaya Sifat Kelakar

Percayalah bahawa orang yang kelakar sentiasa menjadi perhatian dalam kalangan rakan-rakan. Biasanya mereka akan menjadi fokus utama disebabkan kepetahan dan idea lawak yang tidak pernah gagal menghiburkan. Begitu juga dengan gadis pemalu. Mereka suka seseorang yang mampu membuatkan mereka ketawa kerana bagi mereka jejaka ini cukup santai dan berani.

Pantang Menyerah Kalah

Untuk menawan hati seorang gadis pemalu, seorang jejaka perlu kerja keras memenangi hatinya. Di sini dia akan menilai sama ada adakah jejaka itu jujur atau hanya main-main sahaja. Sebab itulah jika berjaya memenangi hatinya, gadis pemalu akan memberikan cinta luar biasa!

Pandai Menjaga Privasi

Perkataan ‘malu’ dan ‘privasi’ memang satu ikatan yang cukup kuat. Gadis pemalu cukup mementingkan privasi. Dia tidak suka jika lelaki itu terlalu over expose. Contohnya kaki selfie yang upload apa sahaja aktiviti hariannya di laman media sosial. That’s is a big no for them!

Boleh Menerima Dunia Mereka

Gadis bersifat introvert hidupnya cukup simple. Mereka mahukan sesuatu yang stabil, tenang dan damai. Kadangkala dia lebih suka hanyut dalam dunianya dan sibuk dengan diri sendiri. Kadangkala dia juga tidak suka ke kedai kopi yang terlalu ramai orang dan suka ke pantai yang sunti. Jadi, jejaka yang boleh menerima dunia mereka seadanya cukup penting.

Artikel Berkaitan: 9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Seorang Pendengar Yang Baik

Sudah menjadi sifat wanita, mereka akan mahu perhatian dan didengari oleh seseorang yang disayangi mereka. Jangan fikir gadis pemalu tidak suka bercakap. Jika sudah serasi dan anggap kamu sebagai teman istimewa, dia akan kongsikan segala.

Yang Berani Mencuba

Walaupun seorang pemalu namun dia cukup suka jejaka yang berani mencuba melakukan perkara baru. Gadis pemalu akan tertarik kepada sifat maskulin dan keyakinan yang ditonjolkan jejaka.

Seorang Yang Aktif

Sesetengah orang mereka suka memerhati dan observe orang lain. Begitu juga dengan gadis pemalu. Bagi mereka tingkah laku orang-orang disekitarnya boleh menjadi satu terapi yang berguna buat mereka. Inginkan perhatian mereka? Jadi janganlah jadi tunggul kayu. Pergi aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti.