
Peningkatan jumlah remaja yang terkesan dengan kes putus cinta di Malaysia semakin meluas di media sosial apabila semakin ramai yang terbuka hati untuk menceritakan mengenai penderitaan ‘hati dan perasaan’ setelah berpisah.
Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff telah menceritakan kepada rakan media di Astro Gempak apabila memberitahu bahawasanya bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah disayanginya. 5 tahun masa yang diambil oelh Fathia untuk move on daripada episod cintanya yang lalu.
Untuk info, Fathia dan pelakon, Aiman Hakim Ridza pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2015.
So, ini 5 tip move on daripada pasangan demi menjaga hati supaya kekal tenteram.
1. Sayang Diri Sendiri Dulu
Sebelum ni asyik sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri?
Sudah tiba masa untuk korang sayangi diri sendiri terlebih dahulu. Caranya mudah sahaja, tidur awal mencukupi 8 jam sehari, makan dengan tertib, bergaul dengan orang yang supportive, pergi ke gym selalu..
Janji korang buat apa yang boleh buat korang happy!
2. Luahan Perasaan Dengan Someone
Call girlfriends atau kawan lelaki korang dan luahkan semuanya kepada mereka sehingga puas! Kalau nak menangis, menangis je sepenuh hati.
Percayalah korang akan rasa okay selepas itu. Waktu ‘move on’ sebegini memerlukan orang yang boleh mendengar luahan hati korang.
3. Pergi Weekend Trip
Pergilah solo trip ke mana-mana di hujung minggu. Bila jalan seorang diri, korang takkan mudah teringat kepada ex. Minda hanya akan berfikir ingin jalan ke mana, nak makan di mana. Tak adalah terperap di dalam biliki menangis di bucu katil. Opps!
4. Jangan Cepat Sangat Ada Relationship Baru
Ini memang a total NO! Bila korang ada pasangan baru selepas baru saja berpisah, korang sebenarnya hanya sedang menggunakan dia untuk lupakan ex je. Senang cakap, hubungan itu rebound semata-mata. End up, korang akan sakitkan hati dia. Tak kasihan ke?
5. Jangan Cakap Belakang Ex
Memang best bila dapat kutuk ex kepada bff kan?
Namun, ia tak elok untuk mental health korang sebenarnya. Belum tentu penyebab perpisahan itu adalah salah si dia saja. Terima je hakikat tiada jodoh dan doakan yang terbaik untuknya.
6. Block Instagram, Facebook & Whatsapp Ex
Jangan ambil tahu langsung tentang dia. Memang susah pada mulanya, tetapi inilah cara paling senang untuk korang move on. Korang perlukan masa dan ruang untuk lupakan dia.
Jika masih kerap stalk kerana ingin tahu life dia setelah dia telah mengenali orang lain, hhm, bila korang boleh move on?
7. Jangan Salahkan Diri Sendiri
Daripada blame diri sendiri sebagai punca breakup, baik korang fikirkan perkara yang lebih berguna. Tak kisahlah siapa yang salah, sebuah hubungan itu memerlukan 2 orang untuk kekal komited.
*
Tak perlulah nak sedih-sedih menangis sampai mata bengkak. Anggaplah memang bukan jodoh korang dan pastinya akan ada yang lebih baik menanti. InsyaAllah.