Kalau korang budak-budak zaman 90-an dulu, mesti korang pernah layan filem-filem Senario yang ada diantaranya memang mendapat kutipan box office.

Daripada sitcom, ke layar Perak. Filem-filem yang diarahkan oleh dua pengarah hebat tanah air, Aziz M.Osman dan Mamat Khalid ni memang jarang mengecewakan.

Berikut kami senaraikan antara 5 buah filem Senario yang paling best satu ketika dulu.

1. Senario The Movie (1999)

Merupakan filem pertama kumpulan Senario yang berjaya mendapat perhatian penonton. Filem ini berkisarkan Wahid dan Mazlan yang membuka rumah hantu di sebuah fun fair milik Saiful Apek. Dalam masa yang sama, mereka terpaksa menjaga abangnya, Azlee yang merupakan seorang OKU.

Tapi tak lama lepas tu, Wahid berhenti daripada kerja di fun fair dan telah membuat kesilapan besar apabila bekerja dengan Shamsul Ghau Ghau, iaitu seorang penyangak yang mahu mendapat tanah milik Pak Tam. Akibatnya, Azlee telah dijadikan tebusan oleh penyangak tersebut.

Wahid dan Mazlan terpaksa mencari Azlee yang telah dihantar ke Hospital Bahagia oleh Shamsul. Ketika cuba melarikan diri dari pusat tersebut, Azlee telah terkena renjatan elektrik dan telah pulih sepenuhnya.

Secara keseluruhannya, movie ni boleh dikatakan antara filem terbaik Senario kerana tidak hanya memaparkan aksi lawak, tapi sarat dengan pengajaran dan nilai kasih sayang antara adik beradik.

IKLAN

2. Senario Lagi (2000)

Satu lagi antara filem Senario yang paling best. Kemunculan Yassin, Umie Aida dan Syanie memang sangat membantu untuk mengekalkan filem ini jadi box office.

Kisah seorang penarik kereta yang ingin mencari ‘kereta curi’nya tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan daripada masalah hidup orang lain. Memang kelakar habis wey!

Karakter Yassin sebagai orang Indonesia tu paling win. Tambah pula dengan kehadiran watak Saiful Apek yang sengal-sengal ubi, memang buat korang tak kering gusi la sepanjang tengok movie ni.

3. Lang Buana (2003)

IKLAN

Muncul dengan genre sedikit berbeza, Lang Buana mengisahkan tiga orang pemuda – Gunung, Daik dan Bercabang – yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana.

Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.

4. Senario XX (2005)

Filem ini digelar XX kerana ia merupakan filem ke 20 (XX) terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan merujuk juga kepada filem XX Ray.

Berkisarkan tentang kapal angkasa yang dikendalikan oleh Zoragon terdampar di sebuah kampung kerana diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya, Zolidia. Ketika dia mahu mendapatkan semula kapal miliknya, dia mula jatuh hati dengan seorang gadis kampung.

IKLAN

Akibatnya, timbul konflik antara tunang gadis kampung itu dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.

Kalau korang masih ingat lagi, filem ni dilakokankan oleh Fazura sebagai heroinnya. Wow kan?

5. Pemburu Emas Yamashita (2006)

Boy, Put, Seman dan Jali telah dihantar ke klinik mental atas kelakuan yang tidak stabil. Tapi, sebenarnya mereka ini waras, cuma dimasukkan ke dalam klinik tersebut sebab mereka ni pelik sikit.

Yang seorang tu suka meludah, dua daripada mereka memerlukan kelas mengawal panas baran dan seorang lagi pula mengaku pernah berjumpa dengan askar Jepun dalam hutan dan diberi satu peta kepada harta karun General Yamashita.

Dalam kelima-lima filem Senario ni, mana paling korang love?

Sumber: Kakimuvee