5 Aplikasi Diet Percuma Bantu Masalah Obesiti, Rugi Kalau Tak Download

2467

Hanya mereka yang pernah gigih untuk menurunkan berat badan sahaja yang tahu macam mana azabnya nak membakar lemak dalam badan ni.

Pantang makan lebih sikit, mulalah berat badan naik mendadak. Tapi kalau nak turunkan bukan main susah lagi. Kalau korang pernah berhadapan dengan masalah obesiti, usaha untuk mengamalkan diet ni mesti sering gagal kan?

Namun begitu, jangan cepat putus asa. Dengan adanya teknologi digital hari ini, semua benda boleh jadi mudah. Lagi best bila usaha nak kuruskan korang tu tak payah pakai kos pun. Cuma…. ha yang ni paling penting, korang kena la usaha sungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tak semua orang mampu nak hire personal trainer, so REMAJA nak share sedikit tip dengan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan korang dalam mendisiplinkan diri semasa olahraga, mengira kalori yang telah dibakar dan informasi tentang kandungan nutrisi pada setiap makanan yang diambil.

Berikut merupakan lima aplikasi diet menurut healthline.com yang boleh korang cuba.

1. Ideal Weight

Sekarang ni kalau nak tahu berapa Body Mass Index (BMI) kita, tak perlu susah-susah nak congak tolak tambah bahagi semua. Aplikasi ini membantu untuk mengira BMI berdasarkan tinggi dan berat badan dan korang juga boleh mengetahui berat badan ideal yang perlu dicapai.
Aplikasi ini boleh didapati di Android dan iPhone secara percuma.

2. Calorie Counter & Diet Tracker oleh MyFitnessPal

Mengira kalori pada setiap makanan yang diambil adalah antara salah satu cara untuk korang pantau berat badan. Macam mana nak kira kalori yang patut diambil setiap hari?

Ha, MyFitnessPal memiliki database lebih kurang 5 juta makanan dan korang masukkan sahaja makanan apa yang korang ambil, aplikasi ini mengetahui kandungan kalori bagi setiap makanan tersebut.

Ia juga boleh didapati secara percuma di Android dan juga iPhone.

3. Lose It!

Aplikasi ini akan membantu urusan penurunan berat badan berdasarkan setiap informasi yang korang sertakan. Ia juga boleh digunakan untuk mengira kalori makanan dan jarak aktiviti olahraga yang korang lakukan.

Percuma bagi pengguna Android dan iPhone.

4. Weight Watchers

Aplikasi ini boleh membuatkan penurunan berat badan lebih mudah dipantau. Korang juga boleh berkongsi program diet yang diamalkan bersama pengguna aplikasi Weight Watcher yang lain.

Lebih menarik lagi, aplikasi ini boleh dijadikan tempat berkongsi foto kemajuan usaha penurunan berat badan dari semasa ke semasa.

Aplikasi ini boleh didapati di Android dan iPhone secara percuma.

5. Nike+ Run Club

Aplikasi ini membantu untuk memberi motivasi dengan cara mencatatkan setiap peningkatan kemajuan yang dicapai pada setiap aktiviti larian yang telah korang lakukan. Uniknya, aplikasi ini juga dapat memberi inspirasi daripada atlet larian terkemuka.

Jadi, elok sangat bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia olahraga ni, bila mana dapat menjadikan atlet-atlet tersebut sebagai sumber inspirasi.