Penjagaan kulit memang penting terutamanya bagi kaum wanita. Untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri, adalah penting untuk korang memilih produk yang sesuai dan baik untuk kulit.

Kadang-kadang, tak perlu pun produk berjenama mahal. Apa yang ada dijual di drugstore tu pun sebenarnya bagus, cuma korang perlu tahu fungsi dan manfaat produk tersebut.

Jangan risau sis, produk drugstore yang okay dan best gila, baca perkongsian daripada Herry Rozular ini. Harapnya dapatlah membantu korang mencari produk yang sesuai dengan harga yang berpatutan.

1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On

Mata panda? Lebam macam kena tumbuk je kan? Okay nah cari product ni. Tak mahal bawah 25 if tak silap. Tapi kalau ada masalah eyebag tu boleh la pakai yang ni. Serius mmg best. Sejuk je mata.

2. Blackhead/whitehead

Siapa je kan suka tengok hidung tu ada blackhead. Nampak kotor sangat. Nah cuba pore pack ni. Guardian pun ada pore pack ni. Cara pakai dia, WAJIB BASAHKAN HIDUNG DULU.

Pastu tempek je benda alah ni. Biarkan sampai pelekat tu dah mengeras then cabut je. InsyaAllah mencanak-canak blackhead keluar melekat dekat pore pack tu.

Harga of course la lain-lain. Dulu saya pakai Biore tu. Tapi sekarang pakai Guardian punya sebabnya time tu tengah sale, RM6 je utk 10 sekeping if tak silap. Biore punya dlm RM13 macam tuu.

3. Hand lotion

Kalau rasa kuku tak cantik tu boleh pakai la yang ni. Ni siap boleh kuatkan kuku lagi. Kalau keliling kuku tu macam skin tak sihat sangat then haa ni la makan dia. Harga bawah RM10.

4. Sunblock

Haa this one untuk orang yang oily skin. Apa ni? Ni sunblock. Percayalah sunblock ni memang terbaik, pakai tak berminyak pun. So lepas ni jangan salah beli dah ya. Beli yang ni. Sebab Biore ni ada banyak jenis. So this one untuk oily skin. Harga tak sure tapi dalam bawah RM40 je. Yang best nya boleh pakai kat badan dan muka. Jimatsss!

5. Sunblock untuk normal skin

This one pulak sunblock jugak, and yang ni untuk normal skin. Pun sama, boleh pakai kat badan n muka. So jangan malas-malas sapu ye kalau nak keluar tu pun sama harga bawah RM40 je.

6. Serum

Serum untuk mencerahkan kulit dari NANO White. Kalau akak ada jeragat ke parut ke boleh la cuba yang ni. Kalau tak silap harga dia bawah RM70. Boleh survey ya nanti.

7. Produk dry skin

Yang ni PALING BEST !! Lotion untuk kulit kering. Memang dalam masa 4 hari kulit akan lembap gila-gila wey. Tak tipuuu. Bau dia tak ada la wangi, mcm ubat sikit tapi tak ada la busuk pun. Tapi serius kalau kulit kering pakai la. Harga bawah RM20.

8. Cleansing wipes

Haa ni untuk akak-akak yang suka make up tu kalau nak solat, beli benda ni buat lap make up tu. Simpan dalam beg. Kenapa saya suka brand simple ni? Sbb dia punya no perfume, chemical. So good for skin!

9. Ubat jerawat

Haaa ni untuk yang ada jerawat. Apa ni? Saya panggil “ubat jerawat” hahaha. Nak tdo mlm, cuci muka bersih-bersih then sapu je nipis-nipis benda ni kat cik jerawat. InsyaAllah mujarab. Brand cosmoderm ni. Harga bawah RM25. Cuba lah yang ada jerawat tu. Biasa kalau sapu dlm dua tiga hari dah kecut.

10. Vitamin rambut

Ni pulak hair vitamin. Saya pakai yang kanan tu ha. Best. Tu harga kat situ. Memang rambut lembut sangat lepas pakai.

11. Loreal Elseve Extraordinary Oil

Ni best jugak, bau dia pehhh wangi gila okay. Yang ni pulak saya pakai kalau nak tidur malam. Contohnya la kan, esok tu kalau plan nak shampoo, malam ni saya pakai then tidur. So mcm dia merawat masa tidur la haa.

12. Clay mask

Yang cari clay mask tu boleh cuba yang ni. Ada tiga jenis. Illuminating, hydration and anti pores. Contohnya kalau skin oily, then ambik yang anti pores tu. Kalau dry ambik hydration.

Kalau nak glow ambil illuminating tu. Tu harga diskaun tau. Yang tak pernah cuba ber-clay mask ni patut cuba. Then nanti berterima kasih la kat saya sebab dia mmg best.

13. Untuk kulit berminyak

Selain Cetaphil, yang oily dan acne skin tu boleh cuba pakai yang ni. Ni pun okay untuk skin berjerawat n berminyak. If cetaphil habis or tak ada, cuba yang ni. Harga tak pasti.

14. Untuk kulit kering

Ni pulak kalau dry skin, boleh pakai hydrating lotion ni. Kalau oily jangan pakai. Tak sesuai. Makin berminyak nanti kulit tu. Yang ni memang elok untuk orang yang dry skin tu.

15. Oil control film

Khas utk akak-akak dan abang-abang yang mempunyai masalah oily skin. Beli la benda ni. Tak tipu memang hilang terus minyak kat muka. Dia jenis macam kertas tapi lagi lembut dari kertas. Ambil then dab slow-slow kat muka, lepas tu silalah terpesona tengok minyak muka masing-maisng. Harga bawah RM15.

16. Scrub

Selain scrub St Ives, scrub ni pun not bad okay. If selalu habis St Ives tu, boleh la cuba yang ni. Siap ada vitamin E lagi. Vit E tu elok utk halang skin dari berkedut. Harga tak sure. Bawah RM25 rasanya.

Senang kan kalau ada penjelasan terperinci macam ni? Hanya tinggal pilih yang mana sesuai untuk kulit kita je then cari la dekat drugstore berhampiran. Harganya boleh tahan sis. Selamat bershopping!

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: