14 Fakta Tentang Tubuh Wanita Yang Ramai Tidak Tahu

166
Acute pain possible heart attack

Wanita adalah seorang individu yang sering dianggap misteri kerana personaliti dan sifatnya yang sukar di ramal. Walau bagaimanapun, satu kajian saintifik telah dilakukan untuk merungkai rahsia keunikan sebenar tentang diri wanita.

Ada yang menganggap bahawa wanita dan lelaki itu pada dasarnya tidak mempunyai perbezaan, namun dalam kajian yang telah dijalankan, hasilnya menunjukkan bahawa memang sifat lahiriah seorang wanita dan lelaki itu berbeza.

Berikut merupakan 14 fakta luar biasa yang telah dipilih oleh Bright Side mengenai tubuh badan wanita.

1. Jantung wanita berdegup lebih pantas daripada lelaki

2. Wanita membakar lemak lebih perlahan daripada lelaki, iaitu kira-kira 50 kcal sehari

3. Wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding lelaki

4. Diameter rambut wanita dua kali ganda lebih kecil berbanding lelaki

5. Wanita mempunyai deria rasa manis yang lebih berbanding lelaki

6. Wanita lebih baik dalam membezakan antara warna berbanding lelaki kerana sensitiviti kromatik bersambung terus kepada kromosom X

7. Wanita berkelip dua kali ganda berbanding lelaki

8. Kulit wanita 10 kali ganda lebih sensitif daripada kulit lelaki

9. Tubuh wanita adalah lebih fleksibel jika hendak dibandingkan dengan lelaki

10. Wanita boleh mengesan frekuensi bunyi jauh lebih baik daripada lelaki

11. 30 peratus wanita hamil mengidam makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengandung

12. Wanita menangis dalam purata 30 hingga 64 kali setahun, manakala lelaki hanya menangis sebanyak 6 hingga 17 kali

13. Sejak lahir lagi, wanita dikurniakan deria bau yang baik berbanding lelaki

14. Wanita mempunyai saraf reseptor yang lebih kuat daripada lelaki, jadi jika terluka mereka akan lebih rasa sakit

Apa-apa pun ini adalah sekadar informasi untuk menambahkan pengetahuan korang secara am. Bukan memihak kepada mana-mana gender, sekadar berkongsi fakta. At least lepas ni korang dah tahu la sedikit sebanyak tentang perbezaan lelaki dan perempuan.

CER KOMEN SIKIT