• 74
    Shares

Pengaruh Oppa di Malaysia memang bukan calang-calang. Ada yang memang sanggup travel ke Korea semata-mata terjebak dengan drama dan penyanyi K-Pop yang mereka gilai.

Maklumlah, nak rasai pengalaman sendiri berada di negara K-Pop. Sudah pasti perkara pertama selalunya masyarakat Malaysia khusunya yang beragama Islam cari adalah makanan halal.

Bagi mereka yang baru pertama kali nak ke Korea, berikut merupakan senarai makanan halal yang korang boleh dapatkan di beberapa kedai serbaneka seperti CU, 7 Eleven dan GS 25.

1. Samgak Kimbap

Samgak bermaksud segi tiga yang mana ia adalah bebola nasi dengan pelbagai bahan tambahan yang dibungkus daripada rumpai laut.

Antara flavour yang korang boleh dapati di kedai-kedai serbaneka ialah tuna mayonis dan kimchi yang sememangnya hit di sana.

Walaupun bersaiz agak kecil, tapi ia mampu membuatkan perut korang kenyang.

2. Susu pisang

Selalu nampak orang post tentang susu pisang ni. Katanya memang paling sedap la di sana. Sampai ada yang beli banyak semata-mata nak bawa pulang ke Malaysia.

Kajian telah mendapati bahawa Binggrae ini telah pun menerima sijil halal, so korang tak perlu risau dan was-was lagi.

3. Melon ice cream

Kalau sampai Korea, korang memang wajib cari Melon ice cream ni! Silap-silap ada yang nak beli satu katon buat stok dalam freezer. Hiks!

4. Crispy seaweed snacks

Makanan ini sangat popular di Korea dan dikhabarkan ada yang menikmatinya bersama nasi. Difahamkan juga, makanan ini baik untuk kesihatan rambut.

Kebanyakan makanan halal di sana agak manis, snacks ini antara yang sedikit berbeza daripada makanan ringan yang lain.

5. Chips/crisp

Walaupun kalau dilihat pada bahan-bahan yang digunakan mengandungi daging lembu atau beberapa daging yang lain, tapi jangan risau masih ada sesetengahnya yang mesra Muslim.

Jenama snacks ini dipanggil 아 그칩. Antara faloour yang ada ialah cheese volcano (kanan) dan ranch (kiri). Rasanya manis-manis sedikit dan for sure korang habiskan sebungkus seorang. Sedap wey!

6. Pepero

All time favourite chocolat, Pepero! Kalau di Malaysia nak cari coklat ni dengan harga yang murah, mungkin Langkawi adalah tempat paling tepat. Tapi kalau dah datang Korea, apa lagi borong la banyak-banyak sampai penuh beg.

Antara yang dah disahkan status halal ialah jenis Almond dan Peanut. Ada beberapa lagi flavour laun seperti Nude Pepero, Nude Green Tea Pepero, Vanilla Black Cookie Pepero, Coconut Chocolate Pepero dan White Cookie Pepero. Namun begitu, ia tidak disahkan oleh KMF (Persekutuan Muslim Korea).

7. Buah kering

Korang boleh cari buah-buahan kering di Olive Young. Antara buah-buahan yang ada adalah seperti buah berangan, ubi keledek, strawberi kering, pear dan banyak lagi.

8. Dr. You cereal bar

Korang boleh dapat cereal bar ni dihampir semua kedai serbaneka di Korea. Biasanya ia diletakkan di kaunter cashier dan memang snek ni antara yang sihat dan mengenyangkan.

9. Yakgwa cookies

Makanan ringan ini biasanya dimakan di majlis-majlis khas dan ia bukanlah popular di kalangan generasi muda tetap korang pasti akan menemuinya jika berada di Korea.

Cookies ini dibuat secara tradisional, dipanaskan dengan madu lalu diberi nama ‘yakwa’’. Rasanya simple seperti biskut butter dan lagi best kalau dimakan bersama secawan kopi atau teh.

10. Instant drinks

Setiap kedai serbaneka mempunyai peti sejuk kecil dengan secawan ais. Korang boleh dapatkan sachet kopi, coklat dan juga teh ais. Wajib cuba, Chilsung Cider. Jangan risau gais, ia hanyalah minuman lemonade saja. Hehe!

Diharap senarai makan dan minuman halal ini dapat membantu memudahkan segala urusan korang di sana. Bila dah tahu, tak ada la korang was-was lagi kan?

Sumber: havehalalwilltravel.com

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: