10 Filem Seram Turki Yang Confirm Buat Korang Terkejut, Rugi Kalau Tak Tengok

8348

Dah viral di media sosial dengan perkongsian filem-filem seram dari Turki yang katanya kalau tak cukup berani, korang janganlah saja-saja nak tengok!

Antara filem yang menjadi sebutan adalah Siccin yang dikhabarkan adalah adaptasi daripada kisah benar. Dengar-dengar juga, ada yang kena ‘kacau’ selepas menonton filem ini. Seram sangat ke?

Okay, untuk korang yang nak sangat tonton filem seram Turki tu, berikut kami senaraikan antara 10 filem yang memang seram teruk.

1. Siccin

Percintaan saudara yang tidak dibalas, Öznur seorang wanita muda yang cantik menyukai sepupunya, Kudret sejak kecil. Tapi, Kudret berkahwin dengan wanita lain yang bernama Nisa dan hidup mereka sangat bahagia.

Kerana cemburu, Öznur menggunakan ilmu hitam yang dahsyat untuk membolehkan dia dan Kudret bersama. Walau bagaimanapun, dia sendiri tidak bersedia untuk ilmu hitam yang digunakan dan akhirnya memakan dirinya sendiri.

2. Siccin 2

Seorang budak lelaki mati dengan tragis dan sejak itu, keluarganya terkena sumpahan dan diganggu oleh syaitan yang bertekad untuk memusnahkan mereka.

3. Siccin 3: Cürmü Ask

IKLAN

Selepas kemalangan kereta yang dahsyat, Sedat akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan rakan zaman kanak-kanaknya walaupun ianya berkaitan dengan iblis dan syaitan.

4. Musallat

Filem ini menceritakan tentang pasangan muda yang dihantui oleh kuasa misteri dan rasukan. Kehidupan tenang Suat dan Nurcan musnah apabila mereka mula ditakutkan dengan makhluk halus.

5. Reminiscence The Beginning

Seorang ahli fizik Slovakia, Miska bekerja dengan teori lubang hitam dan hubungannya dengan medan magnet di angkasa. Dari penyelidikannya yang panjang dia mendapati medan magnet yang berlaku boleh digunakan sebagai pintu masuk ke lubang hitam. Dia menjumpai medan magnet yang akan berlaku di bumi. Dan yang paling dekat dengan Slovakia akan berada di sebuah bandar yang dipanggil Cesme di Turki.

Dia memutuskan untuk pergi ke sana bersama teman lelakinya Akcay untuk meneliti dan melihat sendiri apa yang berlaku. Tetapi apa yang mereka hadapi jauh di luar minda manusia.

6. Dabbe

Kisah yang menceritakan tentang orang-orang Amerika yang melakukan aktiviti bunuh diri kerana perasaan rasa ingin tahu. Tidak lama kemudian, perbuatan itu mulai muncul di Turki.

7. Dabbe: Bir Cim Vakasi/A Djinn Accident

Sebuah keluarga di Turki telah dirasuk syaitan yang mahu membunuh manusia.

8. Dabbe 5: Zehr-i Cin

Anak Bilkis dikorbankan untuk menyelamatkan nyawa anak Dilek. Selepas bertahun-tahun, Bilkis membalas dendam dengan menggunakan ilmu hitam kepada Dilek.

9. Dabbe Cin Carpmasi

Ketika sedang membuat persiapan perkahwinannya, Kubra dirasuk makhluk halus yang tidak diketahui. Untuk menyembuhkan Kübra, seorang psikiatri Ebru,yang merupakan kawan lamanya berkerjasama dengan exorcist untuk menyelamatkan Kubra. Hanya apabila keadaan seolah-olah kononnya berjalan dengan lancar, rupa-rupanya sudah menjadi semakin teruk.

10. Baskin

Sekumpulan skuad polis yang tidak menaruh sebarang curiga melalui pintu masuk ke Neraka apabila mereka tersadung pada Black Mass di sebuah bangunan terbengkalai.

Ha, amacam? Ada bran nak tengok?

Sumber: Kakimuvee