Bulan ramadan telah bermula sejak semalam dan seluruh dunia terutama penganut agama islam berpuasa pada siang hari dan akan mula makan apabila azan maghrib berkumandang.

Pada bulan yang mulia ini ramai yang akan kamu lihat terkejar-kejar untuk memenuhi amalan dengan solat wajib, solat sunat, terawih, mengaji, qiamulail dan seumpama dengannya.

Bagi pihak REMAJA pula, kami telah melakukan sebuah video pendek yang penuh dengan mesej untuk tonton masyarakat terutama kalangan remaja.

Mesej video ini adalah untuk menegur remaja dan orang ramai agar menukar bahasa komunikasi sesama rakan atau dalam hubungan.

Seperti mana kamu tahu, perkataan seperti bodoh, babi, bangang, sial dan seumpama dengannya adalah sering diguna pakai di dalam komunikasi terutama pada golongan remaja.

Jadi dengan video pendek ini agar kita semua dapat menukar bahasa 'carut' tersebut kepada bahasa cinta seperti bodoh tukar kepada baik, bangang tukar kepada bijak dan sial tukar kepada syukur.

Semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat muhasabah diri dan memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik. Jangan lupa kongsikan kepada kami apa yang kamu lakukan sepanjang bulan ramada ini. Selamat berpuasa!