Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan 10 Kementerian utama yang dibentuk.

 

Ini termasuklah Kementerian Kewangan; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pertahanan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Ekonomi; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar.

Antara yang menarik perhatia tentulah pengumuman Tun Mahathir sendiri yang akan memegang portfolio Kementerian Pendidikan (Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi disatukan) manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula akan bertanggungjawab ke atas Kementerian Hal Ehwal Wanita & Kebajikan.

Kata beliau, ” Kita akan cuba dapatkan 13 orang menteri untuk mengangkat sumpah pada hari Isnin (21 Mei 2018) jika istana memperkenankan.”

 

* * * * *

 

Tun Mahathir Umum Jadi Menteri Pelajaran, Apakah 10 ‘Janji’ Kepada Golongan Pelajar?
Tun Mahathir bersama (kanan) Tan Sri Ghazali Shafie semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1974.

 

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah memegang jawatan selaku Menteri Pendidikan selepas Pilihan Raya Umum 1974.

Kini setelah memegang kembali jawatan tersebut, beliau berpendapat cara pengajaran di Malaysia kini sudah ketinggalan zaman. “I think so many people are uneducated (in Malaysia).

“Hari ini dengan adanya komputer dan peralatan, kita perlu mencipta cara baru.”

Beliau juga merasakan isu pendidikan sebagai satu isu kritikal dalam negara buat masa ini,  “Jadi saya fikir saya akan berikan tumpuan saya (kepadanya).”

Tun Mahathir Umum Jadi Menteri Pelajaran, Apakah 10 ‘Janji’ Kepada Golongan Pelajar?

Manifesto kerajaan Pakatan Harapan turut banyak menyebut mengenai isu pendidikan yang menjadi teras mereka. Persoalannya, mampukah kesemua harapan ini menjadi nyata? Dan jika ya, berapa lain masa yang akan diambil oleh kementerian tersebut untuk menyelaraskannya?

Jom tengok antara manifesto tersebut:

 

Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di semua peringkat bermula pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi.

IKLAN

Kerajaan memaklumkan mereka berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan di universiti dan institut pengajian tinggi awam perlulah percuma untuk semua.

Contoh yang diberikan adalah kerajaan Selangor yag telah memulakan idea pendidikan percuma secara berperingkat melalui Universiti Selangor (UNISEL).

Tak sabar kami nantikan sama ada manifesto ini akan dilaksanakan di semua universiti awam seluruh negara (atau hanya di universiti awam yang tertentu) dan berapa lama masa yang akan diambil jika diadakan secara berperingkat.

 

Janji 44: Memperbaiki Kualiti Pendidikan.

Janji ini khusus buat para pelajar di negeri Sabah dan Sarawak apabila kerajaan ingin melatih guru berkualiti di kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak sendiri.

Ibu bapa juga akan diberikan peluang untuk memilih sama ada pembelajaran di sekolah anak-anak mereka menggunakan bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Semua ini kami nantikan untuk kerajaan laksana di bawah kerangka Falsafah Pendidikan Negara.

 

Tun Mahathir Umum Jadi Menteri Pelajaran, Apakah 10 ‘Janji’ Kepada Golongan Pelajar?

 

Janji 49: Menjadikan sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik rakyat.

IKLAN

Kos program Sekolah Amanah akan dikurangkan dengan membawa masuk displin kos yang selalu dilakukan di sekolah swasta. Sebelum ini, kosnya dikatakan naik mendadak sehingga memaksa dana tambahan terpaksa dikutip dari pihak lain seperti ibu bapa dan penjaga.

 

Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.

Kesatuan pelajar akan diberikan peruntukan tersendiri oleh institusi untuk bebas mentadbir kesatuan sendiri seperti di universiti negara maju.

 

Memberi elaun sara diri kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mendapat tempat di pusat pengajian tinggi awam.

Terutamanya kepada golongan keluarga B40 dan M40 dengan kerjasama syarikat-syarikat milik kerajaan.

 

Menangguh pembayaran semula pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam kepada semua peminjam.

Struktur pembayaran semula PTPTN akan disusun oleh kerajaan supaya jumlah pembayaran bergantung kepada gaji penerima.

 

IKLAN

Menyediakan biasiswa bagi anak muda dari keluarga peneroka FELDA untuk tujuan pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.

 

Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kerajaan ingin menggantikannya dengan undang-undang yang lebih komprehensif untuk memastikan kebebasan akademik dan bersuara di kalangan pelajar terjamin. Malah, kualiti pendidikan juga dijangka meningkat dengan memansuhkan AUKU.

 

Tun Mahathir Umum Jadi Menteri Pelajaran, Apakah 10 ‘Janji’ Kepada Golongan Pelajar?

 

Mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan pelajar ke universiti awam.

Dengan syarat, pemohon memperoleh kepujian untuk subjek Bahasa Malaysia bagi SPM

 

Mudah belajar secara ‘online’ melalui Massive Open Online Courses (MOOC)

Dipercayai akan diiktiraf dan mempunyai akreditasi, pelajar kini boleh menyambung pengajian dalam bidang yang diminati.

 

* * * * *

Ya, ia bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan anak muda kini semakin ramai jumlahnya.

Namun, kami yakin degan kredibiliti dan pengalaman yang dipikul oleh Tun Mahathir.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI