Eyeliner memang menjadi kegilaan kaum perempuan terutamanya golongan remaja. Mana tidaknya, hasil eyeliner yang sempurna dan kemas mampu menaikkan lagi serikan wajah.

 

Namun, bukan mudah untuk dapatkan hasil eyeliner yang sempurna. Lebih-lebih lagi jika kita memakai eyeliner cair. Ada sahaja masalah yang akan timbul. Jadi REMAJA ingin kongsikan beberapa tip untuk kamu yang baru mula berjinak-jinak untuk memakai eyeliner cair.

 

 KALIS AIR

Untuk dapatkan coretan yang kekal dan tidak comot. Apa kata kamu gunakan eyeliner kalis air. Maklum sahajalah, Negara kita ni agak panas. Peluh mampu mencacatkan kecantikan kamu. Jadi untuk langkah berjaga-jaga pilihlah jenis eyeliner yang betul dan tepat.

 

 POLA LUKISAN

Sebelum kamu memakai eyeliner, apa kata buat titik-titik halus di kelopak mata kamu. Kemudian sambungkan titik-titik yang dicipta itu hingga menjadi satu garis yang selari dan kemas.

 

 BERUS YANG TIRUS

Bila kamu menggunakan eyeliner cair, berusnya sangat memainkan peranan. Lebih tirus berus itu lebih tajam dan kemas garis itu terhasil. Jadi, pilih berus yang halus dan tidak kembang.

 

 SEKALI TARIK

Untuk dapatkan hasil yang kemas dan pekat. Kamu hanya perlu gunakan teknik sekali tarik sahaja. Jangan tarik berus eyeliner berkali-kali kerana ia hanya akan mencomotkan kelopak mata kamu sahaja.

 

 PAKAI DI KELOPAK MATA

Jangan pakai eyeliner cair di bahagian bawah alis mata kerana sifatnya yang cair dan pekat tidak sesuai untuk di pakai di kawasan tersebut. Sebaliknya pakailah eyeliner pensil. Eyeliner cair itu hanya untuk kawasan kelopak mata sahaja.