Malam ini, peminat muzik terutamanya genre K-Pop bakal berkumpul di Stadium Merdeka Kuala Lumpul bagi menghadiri Festival K-Wave 2, antara konsert yang paling dinanti-nantikan sejak tahun lepas lagi.

10 Item Wajib-Bawa Jika Ke Konsert Tanpa Perlukan Beg

Ia akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama (3.30 petang sehingga 7 malam) dan sesi kedua (8 malam sehingga tengah malam).

Jika korang peminat setia kumpulan Super Junior, ini adalah konsert yang WAJIB dihadiri. Setelah empat tahun, Festival K-Wave 2 akan menjadi pentas kemunculan pertama mereka untuk peminat rasmi SuJu, ELFS sekalian.

Selain SuJu, turut serta pada Januari nanti ialah Taeyeon (SNSD), MAMAMOO, NU’EST, A.C.E, TAHITI dan HALO. Teringinnya nak pergi!

 

Tapi apa yang perlu dibawa malam ni?

 

1. Baju

Duh, mestilah pakai baju wehTAPI, rancang terlebih dulu jenis baju apa yang akan dipakai.

Walaupun venue terletak di dalam bangunan, kadangkala dewan tak mempunyai pengaliran udara yang baik terutamanya jika perlu bersesak.

Apa kata ambil sehelai kemeja checked dan ikatkan pada pinggang. Bukan untuk kelihatan stailo je tau. Jika udara malam terasa sejuk, boleh sarungkan. Jika cuaca panas pula, biarkan di pinggang macam tu je. Mudah.

Lagi satu, prepare baju hujan yang ringan di dalam poket. Dengan cuaca hujan sekarang, kita kena siap sedia je.

 

2. Sneakers

Jangan sesekali memakai kasut selain sneakers. Percayalah, korang akan berdiri berjam-jam lamanya termasuklah semasa beratur masuk, semasa menyaksikan opening act, semasa konsert dan semasa bersesak untuk keluar dari venue.

IKLAN

Kalau konsert diadakan di atas padang berumput seperti di Gohtong Jaya, Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka, lebih baik memakai but kontraktor hitam yang murah. Ini kerana venue tersebut mempunyai risiko lecak teruk.

 

3. Kad Debit / Wang Tunai

Jangan asyik nak mengharapkan GF atau BF je. Di venue konsert, mesti ada macam-macam merchandise yang nak dibeli seperti baju T, light stick, rubber bracelet, scarf dan button batch.

Itu belum termasuk air mineral dan snek. Paling kurang sediakan RM150 di dalam poket, just in case.

 

4. Tali Ikat Rambut

 Untuk lelaki berambut panjang dan perempuan,  sediakan pengikat rambut. Bukan setakat nak elak rasa panas je, korang pun tak akan mengganggu concert goers lain semasa menari nanti.

 

5. Smartphone

 Ini kalau tak cakap pun, mesti korang akan bawa juga kan.

IKLAN

 

6. Satu lagi Smartphone

Huh, dah kenapa kena bawa satu lagi smartphone? Okay, kami tak suruh korang beli SATU lagi smartphone. Tapi pastikan pasangan atau kawan yang lain membawa smartphone mereka. Ini sangat membantu apabila:

a) Seorang nak tengok Waze and seorang nak rekod Instastory.

b) Seorang nak menelefon dan seorang nak ambil gambar.

c) Seorang nak rekod video dan seorang….well smartphone seorang lagi sudah habis bateri.

Jika korang menghadiri konsert seorang, terpaksalah bawa powerbank (yang sudah dicaj penuh).

 

7. Earphone

“Kita kan nak dengar live, kenapa kena pasang earphone?”

IKLAN

Dengarlah terlebih dahulu lagu-lagu nyanyian band atau penyanyi itu sepanjang perjalanan ke venue. Cuba bayangkan korang ke konsert dan ternganga tak tahu sepatah lirik lagu yang dinyanyikan. Malu beb.

 

8. Tisu

Korang pernah tak tengok betapa kotornya toilet seat di tandas venue konsert? Exactly.

 

9. Tiket

Okay, kami sendiri pernah ke sebuah konsert dan terlupa untuk membawa tiket.

Separuh jalan semasa OTW ke sana, barulah sibuk tercari-cari di mana tiket. Selain daripada wang tunai dan kad pengenalan, pastikan tiket korang sentiasa berada di dalam kocek.

 

10. Pasangan

Kami pernah terserempak dengan seorang concert-goer yang terpaksa berdiri dan menyaksikan persembahan seorang diri.  KENAPA? Sebab baru break up dengan GF dan tiket telah dibeli terlebih dahulu sebelum clash. Adui, sadis.

Dah lah kena dengan lagu romantik untuk 2 jam. SEORANG DIRI. Lain kali, paksa kawan atau adik-beradik korang temankan okay. The more the merrier.

=============================

Bagi yang sudah dapatkan tiket ke Festival K-Wave 2, jumpa korang malam ni okay.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI