Sejak kebelakangan ni, banyak betul berita tentang kes penipuan agensi pelancongan yang tak bertanggungjawab songlap duit pengguna.

Tak kisah la sama ada pakej percutian di dalam atau luar negara, lebih teruk lagi bila pakej ibadah umrah haji juga sanggup yang menipu hanya kerana semata-mata gilakan wang.

Tak mahu lebih ramai pengguna tertipu dengan agensi pelancongan tak bertauliah, Sham Simon  telah berkongsi tip di laman Facebooknya tentang bagaimana untuk mengelakkan diri daripada ditipu insan tak bertanggungjawab.

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

1. Jangan mudah percaya

JANGAN SESEKALI cuba mengambil pakej ditawarkan oleh individu sama ada mereka tu adik beradik, kawan baik, kawan atas kawan, kenalan mengembara, ustaz/ustazah menjual pakej umrah. Ramai yang menjadi mangsa disebabkan perwatakan mereka berkelakuan baik dan profesional. Selidik dahulu latar belakang kerja mereka dan pasti kan mereka adalah dari staff atau golongan yang bekerja di syarikat pelancongan yang SAH oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Biasanya, setiap syarikat akan mengeluarkan surat pelantikan untuk menjual pakej dan tarikh tamat tempoh surat lantikan. Strategi diguna pakai ialah kumpulan pelepasan berkumpulan yang terawal biasa menjadi dengan tujuan menarik pelanggan. Masuk kumpulan pelepasan seterusnya biasa ramai tertipu.

Mereka yang biasanya menjalankan aktiviti seperti ini akan mengiklankan pakej mereka di laman sosial peribadi dan persendirian. Ada juga yang pernah bekerja dengan syarikat pelancongan terdahulu dan terus berhubung dengan pelanggan tetap syarikat, ser ta menawarkan pakej dan perkhidmatan yang konon jauh lebih bagus daripada syarikat sebelumnya.

2. Periksa nama agensi

Anda boleh semak nama agensi tersebut di website Kementerian Pelancongan. Jika tiada sebarang hasil daripada carian, sila batalkan terus untuk membeli pakej.

Contoh hasil carian:

Nama Syarikat : SHAM DISCOVER TRAVEL & TOURS SDN BHD

Lesen No. : KPK/LN : 7723

IKLAN

Bidang : IOTU ( Inbound , Outbound, Ticketing & Umrah )

I (Inbound) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej atau perkhidmatan di dalam negara sahaja.

O (Outbound) -Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan di luar negara sahaja.

T (Ticketing) – Agensi hanya dibolehkan menjual ‘Ticketing ‘ seperti Flight , Bus , taman tema sahaja .

U (Umrah) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan berkaitan umrah dan Haji sahaja .IOTU- Agensi boleh menjual mana-mana satu seperti di atas.

*Pastikan ejen-ejen menawarkan pakej yang sama seperti telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.

IKLAN

Sekiranya agensi menawarkan pakej ke luar negara tetapi tiada dalam bidang ditawarkan (outbound) anda harus hentikan niat kerana agensi tiada kebenaran untuk menjual pakej ke luar negara.

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

3. Lihat status

Pasti kan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan berstatus perkongsian (SDN BHD) dan bukan enterprise.

4. Nama penuh

Syarikat biasa mempunyai nama penuh yang ada akhiran…. Travel & Tours Sdn Bhd.

IKLAN

5. Lesen

Syarikat berdaftar pengendalian pakej pelancongan dalam dan luar negara mempunyai lesen seperti KPK/LN:7723 dan Lesen LKU : 184

6. Hubungi pihak terbabit

Jika individu agensi pelancongan mendakwa sedang bekerja dan mempromosikan pakej pelancongan sebaiknya hubungi Syarikat berkenaan untuk mengesahkan individu tersebut dan pakej telah ditawarkan.

7. Pasti kan akaun pembayaran yang betul

Segala pembayaran deposit dan bayaran seterusnya mestilah di bawah atas nama syarikat yang menawarkan pakej dan bukan ke akaun bank peribadi atau persatuan.

8. Semak dengan teliti

Periksa dengan melawat sama ada di alam maya seperti Facebook/instagram/website ataupun juga actual pejabat syarikat agensi menawarkan pakej.

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

9. Lihat review pengguna

Melihat feedback pelanggan /review pelanggan lepas di alam maya Syarikat bagi memastikan adanya wujud interaksi pelanggan dengan syarikat.

10. Harga masuk akal

Harga pakej pelancongan adalah logik akal. Jangan kejarkan pakej murah yang belum tentu kesahihannya . Banyak kes mangsa terkandas di airport disebabkan terpedaya dengan harga pakej tidak masuk akal.

Sebagai contoh, harga pasaran minimum untuk menunaikan umrah bermula dari RM4900 seorang . Jangan ambil risiko dengan memilih pakej bawah harga pasaran.

Takut Agensi Pelancongan Songlap Duit, Ini 10 Tip Keselamatan Sebelum Pilih Pakej Percutian

Semoga info ini berguna untuk anda dan tidak ada lagi kes tersadai di airport.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI