Jenama Apple sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan. Selaku antara peneraju utama pengeluar produk yang best seperti iPhone, iMac, iWatch, iPod dan iPad mereka cukup sinonim dengan barangan berteknologi tinggi.

 

Tapi tahukah anda bahawa pada tahun 1986, Apple pernah memperkenalkan clothing line mereka sendiri.  Sebelum menjadi gergasi dunia teknologi, Apple pernah muncul dengan jenama pakaiannya yang meliputi fesyen lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

 

 

 

 

Ura-ura pada ketika itu turut membayangkan Apple memperkenalkan sneakers jenamanya sendiri. Namun, di atas sebab-sebab tertentu ia tidak berjaya di pasarkan dan tidak melepasi peringkat prototaip.

Namun, beberapa hari yang lalu sepasang kasut Apple telah muncul menerusi laman eBay untuk lelongan.

 

 

Sneaker limited edition berwarna putih dan dihiasi logo lama Apple (Macintosh) ini merupakan satu grail yang cukup-cukup sukar didapati.

 

Peminat Apple mungkin sudah boleh berkira-kira membuat bidaan. Harga bidaan yang dibuka ialah USD15,000 atau kira-kira RM64,000!

Jika berminat nak melakukan bidaan, boleh kunjungi laman web heritageliveauctions sekarang.