Ramai lelaki dan wanita yang bekerjaya hari ini jarang memikirkan jodoh mereka. Rata-ratanya sibuk membina karier dan masa depan ketika usia masih muda dan kuat untuk bekerja. Dengan soal wang hantaran tinggi, kurangnya lelaki yang berkualiti, tahap pendidikan yang sudah ada jurang selain malu untuk memulakan sebuah perbualan antara sebab mengapa ramai yang masih menyendiri.

Bukan itu saja, memegang prinsip tidak mahu merampas hak wanita lain, menjadi isteri kedua atau ketiga, senang menyendiri kerana tak perlu pening-pening menerima dan meminta pendapat orang lain antara sebab mengapa orang memilih secara bersendirian sehingga ke akhir hayatnya. Namun sebab paling utama ialah jodoh pertemuan itu di tangan Allah taala, antara sebab kenapa seseorang itu hidup bersendirian.

Mungkin sebelum teruskan niat untuk hidup sendiri, fahami kenapa kita perlu ada pasangan hidup!

  • Berkahwin itu sebahagian dari sunnah Rasulullah
    “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” [HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]. Kalau tak berkahwin bermakna belum menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah.

  • Berkahwin juga mengekalkan keturunan – maksudnya apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga maka keturunannya akan berkekalan dan tidak terputus begitu sahaja. Jika kita memilih single, dari mana keturunan itu akan datang?

  • Boleh memelihara dari godaan syaitan yang banyak mengajak manusia ke arah kejahatan seperti berzina, bersekedudukan tanpa nikah dan banyak lagi. Jika satu anak Nabi Adam berkahwin secara sah, maka menangislah syaitan yang berjanji akan merosakkan umat Islam sehingga ke akhir hayat. Mungkin bagi yang tak berkahwin senang untuk menjadi seorang yang bebas tetapi KEBEBASAN sampai bila? Tepuk dada tanya selera!

  • Mendapat ketenangan apabila suami isteri berkasih sayang. Tidak dinafikan alam rumah tangga memang banyak ujian dan godaannya tetapi ia mampu memberi pahala besar buat suami dan isteri jika sama-sama memahami maksud perkahwinan itu. Jika tak berkahwin, kita tak ada teman nak borak, nak gaduh dan sebagainya.

Dan paling akhir, apa yang ditakuti jika korang tak kahwin, bacalah pandangan dari makcik-makcik dan pakcik ini yang duduk di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini.

“Makcik dahulu boleh bawa lori- Makcik Hamidah berusia sekitar awal 70-an dan sudah dua tahun duduk di sini. Dahulu dia boleh bawa lori semasa mudanya. Kudratnya masih kuat ketika itu. Tetapi bila usianya sudah tua, tenaga tidak sekuat mana, tiada anak kerana tak berkahwin, ini antara sebab mengapa dia duduk di rumah orang tua-tua ini.

IKLAN
5 Sebab Kenapa Korang Tak Boleh Hidup Single Sampai Tua
Kata makcik Hamidah, dia tak berkahwin ketika mudanya dan bila tua, di sinilah dia memilih menghabiskan usia tuanya
5 Sebab Kenapa Korang Tak Boleh Hidup Single Sampai Tua
Tengok betapa gembiranya hati Makcik Hamidah bila ada orang datang melawat dan menziarahinya di rumah jagaan orang tua-tua ini

Begitu juga dengan temuramah bersama beberapa dari mereka yang mana rata-ratanya mengaku dahulu tidak berkahwin. Ada masa mereka menumpang di rumah adik beradik tetapi makin lama masalah semakin banyak dan akhirnya ke rumah orang tua-tua jugalah tempat akhir mereka sebelum dijemput illahi.

Ingin sebahagian dari cerita mereka yang duduk di rumah jagaan orang tua-tua ini. Hanya menunggu masa dan menumpang kasih sayang yang masih bersisa dari orang luar yang mudah berasa simpati kepada warga tua.

Remaja berkesempatan mengikut team fb Imah & Joe yang mengadakan majlis silaturahim bagi beramah mesra dengan warga tua ini. Diakui kehidupan masa tua begitu berbeza ketika muda.

IKLAN
5 Sebab Kenapa Korang Tak Boleh Hidup Single Sampai Tua
Team FB Imah & Joe mengerat silaturahim bersama warag tua di sini
5 Sebab Kenapa Korang Tak Boleh Hidup Single Sampai Tua
Tengok, inilah team fb Imah & Joe yang cukup sporting

Jika dahulu kita berasa tidak kisah untuk berkahwin kerana sibuk dengan kerja tetapi memandang wajah tua ini membuatkan korang perlu berfikir, boleh ke hidup sendirian sehingga hari tua? Buktinya sudah ada, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang akhirnya perlu menumpang kasih dengan orang lain kerana tiada anak, suami dan adik beradik yang ambil berat bila usia sudah tua.

Jom tanya Mama Juwita Anggun kerana dia memilih buat majlis di rumah orang tua-tua ini?

IKLAN

Menurut Mama Juwita Anggun atau nama sebenarnya Rahimah Rahmat, majlis ini sebagai tanda ingatan dan bermesra dengan warga tua demi menghiburkan hati mereka yang sudah lama kesepian.

5 Sebab Kenapa Korang Tak Boleh Hidup Single Sampai Tua
Inilah Imah & Joe yang meraikan warga tua

Ramai rakan-rakan fb yang bermurah hati bersedekah demi menjayakan majlis ini. Kita belikan mereka dua buah kerusi roda, adakan sesi menghiburkan hati dengan memangggil Man Raja Lawak, Ayati Tasrip dan banyak lagi.

“Syukur kerana ahli-ahli datang dari jauh demi memberi keceriaan kepada golongan warga tua ini. Terima kasih atas sokongan semua rakan-rakan yang cukup sporting,”katanya yang hadir bersama sebahagian ahli fbnya.

Apa-apa pun jodoh di tangan Tuhan, yang penting berdoa, usaha dan tawakal agar ditemui jodoh yang baik. Ya tak?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI