Selalu kita dengar orang cakap, “buat baik akan dibalas baik”. Dan balasan baik itu sebenarnya dalam bentuk rahmat yang Allah berikan tanpa kita sedari. Dengan dunia sekarang yang segala benda berlegar di hujung jari dan laman media sosial, ramai orang terutamanya remaja kadang-kadang hanyut dengan budaya snap and share tanpa memikirkan apa punca atau akibat yang boleh berlaku.

Seorang pengguna Twitter dengan akaun @sharulhafidz telah berkongsi pengalamannya bagaimana dia menyaksikan karenah beberapa penumpang LRT dalam usia remaja sedang bergelak ketawa sambil merakamkan seorang pakcik yang berkaki ayam dan menggigil kesejukan di dalam tren akibat dibasahi hujan.

Melihatkan perkara tersebut dia tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada pakcik itu. Selepas mempelawanya duduk, dia terkejut dengan perkongsian pakcik itu.

Ikuti perkongsian bebenang tweet oleh @sharulhafidza di bawah:

“Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je. Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.

 

Aku kesiankan pakcik ni tapi nak tanya dia takut jugak sebab aku pun mulanya fikir dia ni ada problem ke apa kan.

Tapi lepas sampai satu stesen tu, seat sebelah tempat aku diri ni kosong, so pakcik tu duduk kat situ, betul-betul sebelah aku. Waktu tu aku fikir banyak kali jugak. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?

So lepas dekat 2 minit fikir aku tanya jelah ?. Aku memang jenis lambat buat keputusan bab nak tegur orang tak kenal ni.

“Aaa pakcik. Mana selipar pakcik?”

Pakcik tu terus angkat muka dia pandang aku.

“Selipar kena hanyut arus longkang waktu solat Maghrib tadi.”

IKLAN

….

Okay first aku terkejut sebab pakcik tu normal, bukan tak betul macam yang aku fikirkan. Negatif betul ?
Then terkejut rupanya selipar hilang sebab solat Maghrib.

Kali ni aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg and bagi kat pakcik tu. Tapi time nak bagi tu aku fikir balik. Kalau aku bagi selipar aku, habislah kasut aku basah nanti nak redah hujan naik motor. Ahh basah pun basah la. Dah ada niat nak tolong dia

Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah. Tapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Maybe tadi segan orang duk gelak-gelakkan dia sambil rakam video.

You look good and handsome now pakcik hahahah.

 

Then tiba-tiba datang sorang makcik ni pulak, dia datang ke sebelah aku and tegur aku.

“Dik nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia”. Time tu budak-budak perempuan yg buat story tu diam je.

IKLAN

And guess what. Ni ‘gula-gula’ yang makcik tu maksudkan. Dia bagi duit weh bapak banyak. Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan aku ambil je duit tu. So aku terimalah.

Weh bapak segan. Orang sekeliling tengok je apa yang terjadi. ?

 

Makcik tu siap kata, ambil la duit tu buat beli selipar baru ganti yang tadi. So aku pun berterima kasihlah kat makcik tu. So perjalanan diteruskan macam biasa sampailah aku tiba di stesen yang aku nak berhenti.

Sampai je kat stesen ni, ada kedai MyNews.com . Aku ternampak ada jual selipar murah. So dengan duit dapat tadi aku boleh la beli selipar baru, ganti balik selipar aku yang bagi pakcik tu tadi.

Oh ya siap boleh beli air fevret hewhew ?

So nak redah hujan time tu, hujan lebat gila and bahaya kalau redah sekarang. Aku ambil masa kejap untuk muhasabah balik apa yang terjadi tadi sambil minum Hershey’s.

IKLAN

Allah bagi ganjaran bila aku tolong pakcik tu. Dia gantikan selipar aku yang dah lama tu dengan selipar yang baru. Bersyukur sangat bila dapat ganjaran cash dari Allah macam ni.

Aku harap pakcik tu gembira, macam mana aku gembira tolong dia dan ditolong semula oleh makcik pemurah tadi. And harapnya makcik yang pemurah tu Allah akan hantarkan orang lain pulak untuk bagi satu kebaikan pada makcik tu.

And bukan kami bertiga je. Even budak-budak perempuan yang ketawakan pakcik tu pun harapnya dapat la bukti bila kita buat baik ni, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak. Orang yang ada dalam gerabak tu yang tengok kejadian tadi pun dapat belajar something jugak. InsyaAllah.

Aku punya berangan ni, aku terfikir something. Kalau dalam gerabak ni kami ditunjukkan dengan kebaikan macam ni, gerabak-gerabak yang lain ada tak orang buat kebaikan utk penumpang-penumpang lain kat situ?

Cuba bayangkan kalau setiap gerabak kita saksikan kebaikan even satu kebaikan je contohnya give seats to those yang memerlukan, bukan orang yang buat tu je yang dapat manfaat, tp orang lain dlm tu pun dapat tengok indahnya buat baik.

Dan train ni pun dikepung dengan kebaikan.?

And bila train ni telah dikepung dengan kebaikan, keluar je train masing-masing sebarkan kebaikan tu kepada orang lain dan orang lain tu teruskan beri kebaikan kepada orang yang lain.

Aku jadi paling excited bila bayangkan end up kita kepung dunia ni dengan kebaikan. Semoga Allah terus letakkan kita dalam persekitaran yang baik, supaya kita dapat terus buat baik dan jadi superhero untuk orang lain.

Thanks for today! Alhamdulillah.


Tahniah dan syabas Remaja ucapkan buat @sharulhafidz kerana peka dan mengambil berat akan keadaan orang sekeliling. Inilah contoh yang baik untuk kita teladani bersama. Anak muda juga mampu melakukan perubahan dan memberikan impak yang baik untuk masyarakat. Biarlah sekecil mana sekali pun pertolongan atau bantuan yang kita berikan, percayalah ia cukup bermakna kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI